Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Harga RON97, RON95 Dan...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95, RON97 serta diesel kekal, masing-masing pada...

Akaun BERSATU Masih Dibeku

KUALA LUMPUR : Beberapa akaun milik parti BERSATU masih lagi dibekukan setakat hari...

Korea Utara Sahkan Berjaya...

PYONGYANG - Korea Utara mengesahkan negara itu berjaya melancarkan peluru berpandu balistik jarak...

Nasib Hanez Suraya Ibarat...

Baru hendak kembali bertatih dalam industri seni tempatan setelah sekian lama digam stesen...

LTAPP Ambil Tindakan Segera Atas Isu Bah

GEORGE TOWN – Pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sudah melaksanakan beberapa pelan mitigasi bagi mengatasi masalah banjir di kawasan lapangan terbang itu.

Pengurus Kanannya Mohd Nadzim Hashim berkata ia termasuk tindakan meninggikan aras lantai pada ketinggian satu kaki di dalam ruang menunggu yang dilanda banjir Ahad lepas itu agar tidak lagi berlaku limpahan air, sekali gus akan memberi keselesaan pada penumpang.

Beliau berkata pihak pengurusan juga memasang satu lagi unit pam yang berkuasa 6 kW di dalam Catchment Sump untuk kawasan itu (ruang menunggu untuk pelepasan) sebagai tambahan kepada satu unit sedia ada yang berkuasa 5.5 kW, yang dijangka dapat membantu mempercepatkan pengepaman limpahan air permukaan di kawasan itu.

“Selain itu, kami membesarkan ruangan Catchment Sump supaya boleh menampung limpahan aliran air permukaan yang lebih banyak dan diikuti dengan peningkatan kekuatan kapasiti pam untuk mengepam air keluar dari sump ke Sungai Keluang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sekiranya berlaku juga banjir di kawasan ruang menunggu untuk pelepasan itu, ia akan ditutup untuk operasi serta pesawat, dan para penumpang dipindahkan ke pintu penerbangan lain yang lebih selamat.

Hujan lebat di kawasan Bayan Lepas dari pukul 8.30 pagi sehingga 10 pagi Ahad lepas menyebabkan banjir kilat yang mengakibatkan ruang menunggu untuk pelepasan bagi pesawat turboprop di LTAPP dinaiki air sehingga paras buku lali selama beberapa minit.


Bagaimanapun difahamkan kejadian itu tidak mengakibatkan kelewatan jadual penerbangan yang serius kerana air surut dengan cepat selepas hujan berhenti.

Berikutan kejadian yang menjadi tular di media sosial itu, Kerajaan negeri Pulau Pinang menggesa Malaysia Airports Holdings untuk meneliti dengan lebih serius masalah banjir yang sering melanda LTAPP setiap kali tiba musim hujan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Warisan, Budaya dan Kesenian Pelancongan Negeri Yeoh Soon Hin dilaporkan berkata kejadian banjir di LTAPP akan merosakkan imej dan memberi kesan kepada sektor pelancongan negeri sekiranya mutu perkhidmatan dan penyelenggaraan tidak ditangani dengan lebih efisien. – BERNAMA

Kategori