Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kerangka Perundangan Diskriminasi Gender...

PUTRAJAYA - Kerajaan masih dalam proses menggubal kerangka perundangan untuk menangani diskriminasi berasaskan...

Peneraju Utama Cicakman 3...

Peneraju utama filem superhero Cicakman 3 yang baru sahaja ditayangkan baru-baru ini, Zizan...

14.9 Juta Pengundi Tentukan...

KUALA LUMPUR - Selepas 11 hari mengharungi kempen sengit, nasib semua parti bertanding...

Johor Mahu Pemaju Projek...

PASIR GUDANG - Kerajaan Johor meminta Country Garden Pacific View (CGPV) Sdn Bhd,...

Peniaga Cederakan Pekerja Stesen Minyak Didenda RM2,000

TAPAH – Seorang peniaga didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap seorang pekerja di sebuah stesen minyak di Sungkai baru-baru ini.

Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan turut memerintahkan tertuduh, Muhammad Nuralif Shaufik Ahmad Fauzi, 25, dihukum penjara lima bulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Ridwan Abdullah, 24, di stesen pam minyak Petronas, Sungkai, kira-kira pukul 12.45 tengah hari, pada 6 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Farahiyah Nadzri manakala tertuduh diwakili peguam S. Kavitha.

Rakaman video kejadian seorang pekerja stesen minyak di Sungkai yang dipukul oleh pelanggan pada 6 Oktober lalu tular di laman sosial setelah dikatakan tersilap mengisi jenis minyak petrol.


Pekerja tersebut dikatakan tersilap kerana mengisi minyak RON 95 sedangkan pelanggan mahukan minyak RON 97.

Ekoran kejadian itu, suspek telah direman selama tiga hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. – UTUSAN ONLINE

Kategori