Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Helikopter Dikhuatiri Hilang Di...

IPOH – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter jenis Eurocopter...

Bekas Anak Tiri Arif...

Memang mengejutkan! Rupa-rupanya, individu yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi cilik dari...

Majlis Syura Ulama Sudah...

KUALA LUMPUR - Majlis Syura Ulama PAS akan menyerahkan surat keputusan rayuan terhadap...

KKM Nafi Hospital Serdang...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan laporan sebuah portal berita kononnya Hospital...

Penjara Ibarat Hukuman Mati: Alberto Fujimori

LIMA – Bekas presiden Peru, Alberto Fujimori berkata di hospital semalam, bahawa kembali ke penjara umpama hukuman mati buatnya, sehari selepas mahkamah menarik balik pengampunan membabitkan jenayah terhadap kemanusiaan.

Fujimori, 80 menyampaikan rayuan itu kepada Presiden Peru, Martin Vizcarra dan Badan Kehakiman Amerika Selatan dalam sebuah video yang dirakam di wadnya.

“Tolong jangan bunuh saya. Sekiranya saya kembali ke penjara jantung saya tidak akan bertahan. Ia terlalu lemah untuk melalui perkara yang sama sekali lagi. Jangan beri hukuman mati kepada saya. Saya tidak mampu bertahan lagi.”

Mahkamah, Rabu lalu membatalkan pengampunan presiden ke atas Fujimori, sekali gus mengakhiri kebebasan lebih sembilan bulan yang diberikan di bawah pengampunan kejutan oleh presiden sebelumnya pada Disember lalu.

Walau bagaimanapun, sejurus selepas ditahan semula Fujimori dimasukkan ke sebuah klinik berikutan masalah jantung.


Anak perempuannya, Keiko Fujimori, pemimpin pembangkang utama Parti Popular Force, menyifatkan keputusan mahkamah sebagai tidak berperikemanusiaan dan tidak adil.

Fujimori dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana mengarahkan dua insiden pembunuhan beramai-ramai oleh skuad penembak pada 1991 dan 1992. – AFP/BH ONLINE

Kategori