PARIS – Seorang samseng terkenal yang melarikan diri dari sebuah penjara Perancis ‘ala Hollywood’ dengan menaiki helikopter akhirnya ditangkap semalam selepas pemburuan tiga bulan polis di sebuah pangsapuri di mana lelaki dikenali sebagai ‘raja bolos’ itu membesar.
Redoine Faid, yang berkata, jenayah seumur hidupnya berinspirasi filem pemecah panggung seperti ‘Scarface’ dan ‘Reservoir Dogs’, melarikan diri Julai lalu dari sebuah penjara kawalan ketat di mana dia menjalani hukuman penjara 25 tahun atas rompakan di mana seorang pegawai polis terbunuh.
Kehilangannya selepas tiga bulan diburu menjurus intipan telefon dan memantau seorang wanita yang dimaklumkan pendakwa raya, Francois Molins dalam sidang media, dipercayai Faid memakai burqa.
Dia ditahan ketika sedang tidur di sebuah pangsapuri di Creil, sejam perjalanan di utara ibu kota ini dan tidak jauh dari penjara bolos di selatan ibu kota ini awal Julai lalu.
Kira-kira 50 pegawai, sesetengahnya pasukan elit, mengambil bahagian dalam serbuan awal pagi semalam, di mana mereka turut menahan saudara lelaki Faid, dua lelaki lain dan seorang wanita, antara tujuh ditahan secara keseluruhan, kata sumber polis.
Molins berkata, burqa, rambut palsu dan senjata ditemui di premis itu, satu daripada pistol boleh dicapai Faid yang sedang tidur dan senjata kedua seperti submesingan Uzi.
Rakaman video di tempat kejadian penahanan, diperoleh Reuters menunjukkan bahagian dalam pangsapuri empat tingkat selepas serbuan polis sekitar jam 4.20 pagi waktu tempatan, Rabu.
Faid, 46, menjadi separa selebriti digeruni selepas menulis buku pengakuan mengenai kehidupan warna-warninya, menceritakan bagaimana dia lahir dalam kawasan perumahan skala tinggi dilingkari jenayah sekitar ibu kota ini pada 1960-an dan 1970-an. – Reuters/myMetro Online