Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Suami Pasang CCTV, Isteri...

PELIK melihat kesan lebam di beberapa bahagian tubuh anak, seorang lelaki bertindak memasang...

Banjir Kilat: Mangsa Boleh...

KUALA LUMPUR - Semua mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di ibu kota...

Zoo Melaka Sedang Giat...

MELAKA - Kerja menaik taraf Zoo Melaka dan Night Safari sedang giat dijalankan...

Anggota Bomba Sukarela Selamat...

KUCHING - Seorang pekerja syarikat SESCo Berhad yang terjatuh ke dalam sungai di...

Pensyarah UIAM Cadang Kaji Jumlah LGBT Di Malaysia

ISTANBUL – Seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini mencadangkan satu kajian menyeluruh untuk mengenalpasti jumlah sebenar golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia dalam usaha untuk membantu mereka kembali ke jalan betul.

Timbalan Dekan Jabatan Bahasa Arab UIAM Dr Mohd Azrul Azlen Abd Hamid berkata sehingga sekarang belum ada mana-mana pihak membuat kajian itu ketika masyarakat umum lebih suka menghukum semua kategori golongan itu secara pukal.

Perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana setiap kategori golongan itu memerlukan cara dan pendekatan berbeza untuk berhadapan dengan mereka.

“Pada masa ini mereka yang berperwatakan lembut juga ‘diborong’ sebagai golongan LGBT,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pendekatan Nabi Luth dan Sunnah Dalam Berinteraksi Dengan Golongan LGBT: Satu Analisis Wacana’ sempena Seminar Warisan Nabawi (Swan) 2018 di International University of Renewal (IUR) di sini.

Seminar dua hari itu dirasmikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mohd Azrul Azlen menjelaskan, Islam telah menunjukkan pendekatan dan cara untuk menangani kumpulan itu seperti yang terkandung dalam beberapa hadis sahih.


Antaranya ialah apabila ibu bapa mengesan anak mereka yang berperwatakan bertentangan dengan lumrah jantina, si anak hendaklah diminta keluar dari rumah.

“Ini bukan untuk menyisihkan anak itu tetapi bertujuan memastikan anak-anak lain tidak terpengaruh dengannya,” katanya.

Selain itu, ada hadis menganjurkan untuk menguatkan institusi keluarga supaya ibu bapa sedar tanggungjawab mereka.

“Islam bukanlah agama menghukum kerana setiap larangan itu mempunyai hikmah seperti untuk menjaga kesihatan dan membina masyakat bertamadun, mengikut ajaran agama,” tambahnya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LGBT

Kategori