Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Detik Cemas Wanita Nekad...

TERNYATA seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja demi barang kesayangannya.Satu video viral di...

Lapangan Terbang Seluruh Negara...

KAJANG - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini memberi jaminan...

Alumni UiTM Diingatkan Hargai...

SHAH ALAM – Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) diingatkan supaya terus menghargai jasa...

PAS Sedia Berunding Dengan...

ALOR SETAR : Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menyaksikan 27 kerusi kritikal...

Penyelia Syarikat Dituduh Pecah Amanah RM922,500

SEREMBAN – Seorang penyelia syarikat perumahan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 17 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM922,500, dua tahun lepas.

Tertuduh, Wong Tse Wei, 44, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim G. Ramesh.

Bagi kesemua 17 pertuduhan, Wong didakwa sebagai ejen atau penyelia syarikat Great Five Development Sdn Bhd yang diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta tertentu iaitu dana syarikat berkenaan telah melakukan pecah amanah jenayah.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di syarikat berkenaan antara Januari hingga April 2016, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Ramesh membenarkan tertuduh diikat jamin RM70,000 bagi keseluruhan pertuduhan dengan seorang penjamin dan dikehendaki melapor diri di Balai Polis Seremban sekali sebulan pada setiap Ahad pertama.


Mahkamah menetapkan 26 Nov bagi sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak manakala tertuduh diwakili peguam J. Ravin. – BERNAMA

Kategori