Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mayat Lelaki Mangsa Lemas...

SHAH ALAM - Mayat seorang lelaki yang hilang ketika menjaring ikan di pantai...

Najib Ke Stadium Nasional...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan turun ke Stadium Nasional Bukit...

Penulis Didakwa ‘Hina Nabi’...

Polis terpaksa membebaskan penulis Uthaya Sankar SB - yang didakwa mempunyai unsur penghinaan...

Kejayaan KD Lekiu Sertai...

KOTA KINABALU - Kejayaan KD Lekiu menyertai latihan maritim terbesar, Rim of the...

Karim Benzema Terbabit Kes Culik

PARIS – Penyerang pasukan Real Madrid, Karim Benzema disyaki terbabit dalam satu cubaan culik bertujuan cuba dapat kembali wang milik bintang bola sepak itu, lapor sebuah laman web Perancis, Mediapart semalam.

Menurut Mediapart, satu perselisihan membabitkan wang berjumlah 50,000 euro (RM238,589) dipercayai menjadi punca cubaan itu gagal.

Peguam bekas pemain antarabangsa Perancis itu bagaimanapun menyifatkan tuduhan dakwaan itu sebagai pelik.

Leo D, yang mendakwa dirinya ejen kepada pemain Real Madrid itu, memfailkan tuntutan mahkamah pada Isnin, 8 Oktober, mendakwa menjadi mangsa satu cubaan penculikan.

Lelaki berusia 33 tahun itu menuduh kawan rapat Benzema cuba menculiknya di Paris pada Ahad, 7 Oktober, selepas perlawanan Liga 1 Perancis antara PSG dan Lyon, dengan harapan memujuknya untuk memindahkan wang tunai itu.

Rakan baik Benzema, Smaine T, dan pemandu pemain Real Madrid itu didakwa mengarahkan Leo D masuk ke dalam sebuah van hitam.

Dia turut mendakwa melihat kelibat Karim Benzema di belakang kenderaan itu.

Mediapart berkata pertikaian itu membabitkan tajaan RM238,589 untuk satu percutian musim panas ke Maghribi yang dipersetujui untuk dibayar kepada Benzema.


Benzema percaya Leo D. menggelapkan wang itu.

Peguam Benzema, Sylvain Cormier, menegaskan Khamis lalu bahawa Leo D. tidak pernah menjadi ejen Karim Benzema.

Cormier mengecam tuduhan itu usaha untuk mencalar nama baik Benzema mencari publisiti murahan.

Sementara itu, peguam Leo D, Joseph Cohen-Sabban, berkata, jika Karim Benzema mengambil tindakan mahkamah, dia akan berdepan masalah. – AFP/BH ONLINE

Kategori