Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Polis Larang Kutip Kerang,...

MARANG - Pantai Rusila hingga Pulau Kekabu di sini, yang menjadi tumpuan ramai...

Balai Cerap Langkawi Dapat...

KUALA LUMPUR - Observatori Negara Langkawi (ONL) di bawah Agensi Angkasa Negara (Angkasa)...

Setiausaha Politik Ditahan, Salahuddin...

KLANG - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menafikan ada...

Laluan Merah, Biru Bas...

KUALA LUMPUR - Mulai 1 Okt, perkhidmatan bas bandar GO KL bagi Laluan...

Peraduan Mesra Petronas, Nelayan Menang RM50,000

KUALA LUMPUR – Seorang nelayan menganggap kejayaannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 dalam kempen Mesra Bonanza 2018 anjuran Petronas Dagang Malaysia (PDB) sebagai durian runtuh.

Rimee Abu, 44, berkata beliau langsung tidak menyangka yang rutinnya mengisi petrol di stesen Petronas sebelum pergi mencari rezeki di laut akhirnya membawa tuah buat keluarganya.

“Apabila saya menerima panggilan daripada pihak penganjur yang saya menang, mulanya saya sangka ia satu scam, tapi lepas hubungi talian Kad Mesra rupanya betul yang saya menang,” katanya yang bercadang membeli bot baharu mengantikan botnya yang rosak menggunakan wang kemenangan itu.

Rimee ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pusingan kedua kempen Mesra Bonanza di sini hari ini.

Majlis yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin turut mengumumkan tiga pemenang kempen Mesra Bonanza yang berpeluang menyaksikan perlumbaan Formula 1 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

PDB juga mengumumkan tiga pemenang hadiah wang tunai bernilai RM50,000, sepuluh pemenang pakej percutian bernilai RM20,000, 14 pemenang skuter Yamaha dan 14 pemenang Samsung Smart TV.


Sementara itu, Syed Zainal Abidin berkata kempen itu diadakan bertujuan menghargai pelanggan setia Petronas menerusi kaedah yang mudah dan pihaknya akan terus menjalankan kempen seperti ini pada masa akan datang.

“Kempen ini menerima sambutan yang hangat dalam kalangan pelanggan kami dan jumlah penyertaan juga turut meningkat sejak dilancarkan pada April,” katanya.

Kempen Mesra Bonanza yang berlangsung dari 16 April hingga 31 Disember 2018 menawarkan sebanyak 165 hadiah bulanan dan 44 hadiah utama untuk tiga pusingan.

Pusingan ketiga kempen itu dijadualkan berlangsung pada Januari depan. – BERNAMA

Kategori