Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rancang Sediakan Pejabat APM...

KUALA LUMPUR - Kerajaan merancang menyediakan unit atau pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia...

Wanita Arab Saudi Tidak...

RIYADH - Wanita Arab Saudi tidak perlu memakai jubah atau 'abaya' longgar untuk...

Maklumat Wang RM50 Juta...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di...

Ahmad Zahid Ziarah Pusara...

KUALA KANGSAR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

RM200,000 Setahun Untuk Pelajar Perak Di Mesir

IPOH – Kerajaan Negeri Perak meluluskan peruntukan khas secara tahunan sebanyak RM200,000 bagi membiayai pengurusan pelajar-pelajar dari negeri ini yang menuntut di Mesir.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi berkata peruntukan itu antara lain untuk menampung pelbagai kos termasuk pengangkutan, pelaksanaan program secara berkala serta pembayaran bil utiliti di Wisma Perak Baitul Rahman, Kaherah.

“Ia juga untuk menampung kos perubatan para pelajar dan sumbangan khusus kepada pelajar sekiranya ada kalangan ahli keluarga menerima musibah serta kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Asmuni membuat pengumuman tersebut pada program majlis ramah mesra bersama pelajar-pelajar Perak di Kaherah, Mesir pada Khamis.

Menurut Asmuni, ketika lawatan delegasi kerajaan negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Datuk Mohd Ghazali Jalal pada Ogos lalu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000.

Asmuni berkata setelah menilai keperluan dengan mengambil kira pelbagai aspek, kerajaan negeri setuju menaikkan peruntukan kepada RM200,000 setahun.


Difahamkan sebelum ini tiada peruntukan khusus secara tahunan diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk pengurusan 700 pelajar negeri Perak di Mesir.

Selain itu, Asmuni mengumumkan bantuan RM7,000 setahun untuk tempoh tiga tahun bagi setiap pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana untuk menampung kos pembelajaran mereka mengikut syarat ditetapkan. – BERNAMA

Kategori