Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pandu Puteri Bantu Warga...

KUANTAN - Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) hari ini menyampaikan bantuan alat tulis...

7,200 Anggota Ditugaskan Dalam...

KUALA LUMPUR - Seramai 7,200 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam...

Badak Jawa Sudah Pupus...

SEREMBAN - Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Hamim Samuri...

Mayat Mangsa Letupan Dibawa...

BUTTERWORTH - Jasad mendiang Chin Hsien Loong yang maut dalam tragedi letupan gas...

Perak Wujud Modul Kenegaraan Khusus Untuk Pelajar IPT

SERI ISKANDAR – Kerajaan negeri Perak akan mewujudkan modul kenegaraan khusus untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam bidang kemahiran teknikal.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari berkata modul itu akan memberi pendedahan secara terperinci kepada pelajar berkaitan isu semasa antaranya politik, ekonomi, pentadbiran negara dan parlimen yang merupakan di luar bidang pengajian mereka.

“Kita perlu melengkapkan mereka (pelajar) dengan memberikan pendedahan mengenai isu kenegaraan selaras dasar kerajaan yang bersetuju untuk menurunkan umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Intipati modul itu akan diterjemahkan menerusi kelas, seminar atau forum dengan menampilkan pakar dalam bidang berkaitan supaya pelajar dapat memahami serta menanyakan pelbagai soalan mengenai sesuatu isu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Akhir Cabaran Debat Muda Alaf 21 di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Aziz menyeru pihak IPT di negeri ini memberi laluan dan kemudahan kepada pelajar bagi membolehkan mereka mengikuti modul kenegaraan berkenaan.


“Menerusi modul ini, ia secara tidak langsung dapat mengasah bakat kepimpinan pelajar sekali gus memberi faedah kepada IPT itu sendiri menerusi dasar yang mudah dan inovatif pada masa akan datang,” katanya.

Pertandingan itu berlangsung selama tiga hari sejak Sabtu lalu dianjurkan oleh Kelab Debat UTP turut disertai 46 pasukan terdiri daripada 16 sekolah menengah dan 30 IPT seluruh negara.

Ia dimenangi pendebat dari Universiti Malaya (UM) yang berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,121 serta piala iringan, manakala naib johan dimenangi pendebat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan menerima wang tunai sebanyak RM1,500 dan piala iringan. – BERNAMA

Kategori