Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ini Jawapan PAS Kenapa...

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengambil kesempatan...

Tidak Perlu PPBM Sertai...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa kemuafakatan yang dicapai oleh Pakatan...

DUN Sabah Tolak Usul...

KOTA KINABALU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menolak usul yang dikemukakan Ketua...

Nik Nazmi Tawar Diri...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menawarkan diri bertanding...

Perlindungan Harta Intelek Lebih Kukuh & Mudah Mulai Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Syarikat Malaysia dan entiti antarabangsa akan dapat memfailkan hak milik harta intelek (IP) dengan lebih mudah serta mendapatkan perlindungan lebih kukuh bagi hak IP masing-masing apabila negara ini menyertai Protokol Madrid tahun depan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.

“Langkah ini akan manawarkan perlindungan tanda dagangan bagi perniagaan dan membantu mereka mengembangkan produk serta perkhidmatan masing-masing di peringkat dalam negeri dan antarabangsa melalui pemohonan secara tunggal.

Sistem pendaftaran antarabangsa ditadbir Biro Antarabangsa (IB) Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) dan ini akan memudahkan perniagaan mereka berkembang ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar ‘Melindungi Tanda Dagangan dan Hasil Ciptaan Anda Di Seberang Laut: Perkhidmatan dan Inisiatif WIPO bagi Perniagaan Malaysia’ di sini hari ini.

Chong berkata cabaran cukup besar untuk mendapatkan perlindungan IP di seluruh dunia dan dengan menyertai Protokol Madrid, perniagaan Malaysia akan mendapat perlindungan dari lebih 150 negara anggota.

Sejajar dengan itu, kata beliau, kementerian berkenaan kini dalam proses memansuhkan Akta Tanda Dagangan 1976 dan memperkenalkan Akta Tanda Dagangan baharu yang dijangka dibentang di Parlimen tidak lama lagi bagi membolehkan Malaysia menyertai protokol itu.


Sehingga 2018, terdapat 32,481 permohonan daripada pemilik tanda dagangan daripada pelbagai industri, manakala 24,020 pendaftaran telah dibuat hingga September melibatkan perniagaan tempatan dan antarabangsa. – BERNAMA

Kategori