Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Semak Kesahihan Sebelum Sebar...

KUALA LUMPUR - hari ini menggesa orang ramai untuk menyemak dahulu kesahihan segala...

Dakwaan Pembangkang Ekonomi Malaysia...

Dakwaan pembangkang bahawa ekonomi Malaysia sedang dilanda krisis adalah keterlaluan dan tindakan tidak...

YPM Tawar Bantuan Sambung...

CYBERJAYA - Yayasan Pendidikan Malaysia (YPM) menawarkan bantuan awalan sehingga RM5,000 kepada pelajar...

Sikap Tenang Peja Hadapi...

KUALA KANGSAR - Tenang serta tidak mudah melatah berdepan dengan pelbagai kritikan, asakan...

Perompak Bongok

BRUSSELS – Helah seorang pemilik kedai rokok elektronik meminta sekumpulan perompak datang semula untuk mengambil lebih banyak wang menyebabkan penjenayah berkenaan dicekup polis.

Enam penjenayah terbabit datang ke kedai berkenaan di Charleroi pada petang Sabtu lalu, tetapi pemiliknya yang cuma dikenali sebagai Didier memberitahu mereka supaya datang semula kemudian kerana mesin daftar tunai tidak cukup wang.

Menurut Didier, mereka masuk ke kedainya pada jam 3 petang dan mengarahnya menyerahkan semua wang.

Daily Mail melaporkan, Didier mencadangkan mereka kembali dalam masa beberapa jam apabila lebih banyak jualan dilakukan supaya lebih banyak wang boleh diambil.

“Saya memberitahu mereka, jam 3 petang bukan waktu yang menguntungkan untuk merompak kedai. Saya berkata, ‘Kamu mungkin boleh mendapat $1,000 ini, tetapi jika datang lambat sikit pasti dapat lebih banyak wang.’

“Ajaibnya, mereka termakan kata saya dan beredar lalu saya terus menghubungi polis. Namun polis tidak percaya perompak itu akan kembali,” katanya.


Bagaimanapun, perompak berkenaan datang semula pada jam 5.30 petang untuk mengambil wang dijanjikan dan Didier sekali lagi membuat helah.

“Saya marah kerana mereka datang sebelum waktu tutup kedai. Saya kata, kedai ditutup jam 6.30 petang, bukannya 5.30 petang lalu mereka sekali lagi beredar,” katanya.

Kumpulan itu akur cadangan Didier dan kembali ke kedai itu untuk kali ketiga, tanpa menyedari polis berpakaian biasa sudah menanti.

RTL melaporkan, lima lelaki berjaya ditahan, manakala seorang lagi sempat melarikan diri. – MyMetro.com

Kategori