Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Kuarantin Diri,...

KUALA LUMPUR - Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid-19 dan...

Najib Bentang Bajet 2015...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet...

Polis Evo 2 Tiada...

PUTRAJAYA - Lembaga Penapis Filem (LPF) mendapati filem 'Polis Evo 2' tidak mengandungi...

Tongatapu Dikenakan Perintah Berkurung...

NUKU'ALOFA (TONGA) : Tonga melaksanakan perintah berkurung di Tongatapu, bermula hari ini, selepas...

Persoal Sikap Bekas Pemimpin Berlagak Malaikat

TEGUR… Namanya ketika ini mungkin agak jarang muncul untuk memberikan ulasan mengenai isu politik semasa… tetapi apabila sesekali beliau tampil bersuara, terasa tepat ‘pukulannya’.

Terbaharu portal AgendaDaily melaporkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib atau lebih dikenali sebagai ‘Mike Tyson’, mempersoalkan sikap bekas pemimpin parti itu yang berlagak seperti ‘malaikat’ berhubung isu sumber dana politik.

Sudah terang lagi bersuluh beliau merujuk sikap Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainudin, Tan Sri Rafidah Aziz dan beberapa lagi yang berlagak macam mereka tiada kena mengena langsung dengan UMNO selama ini.

Bekas pemimpin UMNO ujarnya yang berjaya bentuk kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tidak sepatutnya pertikai sumber dana diperoleh mantan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepada siapa disalur.

“Saya pelik tiba-tiba sekarang hendak kaitkan UMNO terima dana haram. Kalau hendak persoal dari mana datang duit yang UMNO ada sekarang, kita kena persoal juga dari mana datangnya sumber duit UMNO sejak 60 tahun lalu.

“Lainlah jika dana ini tidak turun ke akar umbi. Setahu saya, tidak ada dengar pula pemimpin serta ahli akar umbi keluh dana tidak sampai. Sejak puluhan tahun, adakah kita pernah tanya Presiden UMNO sumber dana ini?

“Saya berpendapat ia amalan biasa semua parti politik dan adakah ahli mereka pernah persoal dari mana sumber dana politik itu selama ini?” kata Muhammad yang juga bekas menteri besar Selangor dipetik Berita Harian.

Ditanya mengenai kenyataan Mohamad Khir Toyo semalam yang kemungkinan UMNO akan diharam selepas parti itu dikatakan terima RM20 juta wang haram dikaitkan dengan Najib, beliau sifatkan ia hanya pandangan peribadi.

“Saya akui agak kecewa dengan sikap bekas pemimpin UMNO yang dilihat seperti sengaja heret UMNO dalam isu ini apabila mereka berkuasa. Kenapa sekarang tiba-tiba semuanya haram? Janganlah main-main isu halal haram ini.


“Seperti yang saya tegaskan sejak dulu sehingga sekarang, kita semua tidak pernah bertanya dari mana UMNO dapat dana untuk kelangsungan parti,” tegas Muhammad dalam nada sindiran terhadap bekas menteri besar Selangor itu.

Semalam, Mohamad Khir dalam status akaun sosial Facebook miliknya berpendapat UMNO tidak perlu hala tuju baharu kerana ia bakal menjadi kenangan dan sejarah apabila bakal diharamkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata UMNO akan diharamkan seperti dinyatakan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden PPBM dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri selaku Pengerusi PH.

Beliau berkata, UMNO akan diharam selepas Najib didakwa di mahkamah atas pertuduhan salah laku pengubahan wang haram yang turut membabitkan UMNO kerana dikatakan menerima RM20 juta daripada wang terbabit.

Kata Mohamad Khir, berdasarkan undang-undang, mana-mana pertubuhan yang menerima dana wang daripada sumber haram atau meragukan, ia boleh diharamkan pendaftarannya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori