Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kuda Polis Dikebumi Penuh...

NEW DELHI - Seekor kuda polis di Dehradun dekat sini dikebumikan dengan penghormatan penuh...

Syarikat Bas Sedia Tanggung...

MUAR - Pengusaha syarikat bas ekspres yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan 14...

Polis Tahan 4 Lelaki,...

SEREMBAN - Polis menahan empat lelaki serta merampas dadah jenis syabu bernilai RM15,312...

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Jumlah syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Pesalah Trafik Warga Asing Langsaikan 26,000 Saman Tertunggak Di Sarawak

MIRI – Operasi Saman Tertunggak Warga Asing (OSTWA) yang dilaksanakan di sini selama tiga hari sejak Jumaat lepas mendapat respons positif apabila 26,000 saman trafik berjaya dilangsaikan setakat ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, baki saman tertunggak warga Brunei terkini untuk tempoh 10 tahun ialah 34,000 saman trafik.

“Bagi pemandu warga Brunei yang masih belum menjelaskan saman tertunggak, mereka boleh memasuki negara ini dan diminta menyelesaikan saman trafik tertunggak,”katanya kepada Bernama hari ini sambil menambah OSTWA akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Alexson menasihati pemandu-pemandu yang masih mempunyai saman tertunggak untuk membuat semakan rekod dengan mana-mana balai polis trafik terdekat untuk menjelaskan saman.

Ketika mengumumkan OSTWA minggu lepas, Alexson dipetik berkata operasi dijalankan ekoran 60,000 saman trafik tertunggak yang melibatkan kenderaan nombor pendaftaran Brunei bagi tempoh 10 tahun iaitu dari 2008 hingga 2018.

Operasi dilaksanakan di kedua-dua arah laluan tol Sungai Tujuh Miri ke negara Brunei pada Jumaat hingga semalam. –BERNAMA

Kategori