Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Nafi Kenyataan TMJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan menafikan dakwaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Mangsa Tembakan Mati Dalam...

KUALA LUMPUR - Umat Islam yang mati akibat tembakan pengganas dalam serangan di...

Pengetua Dipenjara 3 Bulan,...

SHAH ALAM - "Mungkin tindakan puan bertujuan untuk membantu sekolah tetapi matlamat tidak...

Hujan Lebat Sebabkan Banjir...

KOTA BHARU : Beberapa kawasan sekitar Kubang Kerian dan Lundang, di sini, dilanda...

Petani Tidak Mampu Usahakan Sawah Disaran Sertai Program Estet Padi

ARAU – Petani di Perlis yang tidak mampu mengusahakan sawah mereka terutama kerana telah lanjut usia disaran menyertai program estet padi yang memberi pulangan lebih baik.

Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Perlis (PPNPs) Datuk Tengku Aziz Tengku Jaafar yang menyarankan perkara itu berkata beliau kecewa kerana masih ramai petani di negeri ini mendapatkan pertolongan broker untuk mengusahakan sawah mereka.

“Kita dapati ramai pesawah di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Perlis bergantung kepada broker sedangkan terdapat enam Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di luar MADA.

:Mereka seperti terhutang budi kepada broker untuk mendapat pinjaman untuk kos mengusahakan sawah dan bayaran balik dibuat selepas hasil dijual,” katanya kepada Bernama di sini,hari ini.

Tengku Aziz berkata penubuhan PPK bertujuan membantu petani tetapi ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya.


“Mini estet padi boleh dilaksanakan bagi sawah berkeluasan tidak kurang 33 hektar. Segala urusan sehingga padi dijual dan kos mengusahakan ditanggung oleh PPK dan petani tidak perlu lagi menggunakan orang tengah atau broker,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori