Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hujan Di Jakarta Luar...

JAKARTA - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam banjir besar yang melanda di ibu...

Bubar DUN: MB Menghadap...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan...

Palanivel, 4 Yang Lain...

KUALA LUMPUR - Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan empat yang lain...

Malu Bodoh Harga Banglo...

JOHOR BAHRU - Selepas teruk dikecam kerana dilaporkan tidak tahu banglo miliknya bernilai...

PH Minta Bantuan Hishammuddin Pulih Hubungan Saudi?

ANEH… Tular dalam kalangan netizen berkongsi berita portal The Malaysian Insight yang lapor Pakatan Harapan (PH) terpaksa minta bantuan daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Jika betul laporan yang petik sumber rapat blok parti kerajaan itu, ia ternyata amat memalukan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana selama ini dakwa dirinya konon hebat, tiba-tiba terpaksa ‘melutut’ pula kepada musuh politiknya.

Apatah lagi bantuan dipohon itu melibatkan maruah Pengerusi PH sendiri yang sebelum ini biadab hina kerabat diraja Arab Saudi derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 sebagai Tok Arab bodoh gila!

Hubungan Putrajaya-Riyadh mulai renggang selepas PH menang Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang menyaksikan Mahathir telah mengarahkan penutupan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di ibu negara awal Ogos lalu.

Perdana Menteri dengan usia tertua di dunia itu malahan menarik balik lebih 2,000 askar Malaysia yang ditugaskan kawal keselamatan Makkah dan Madinah sejak 2015 lalu menerusi pakatan ketenteraan melibatkan 41 negara Islam.

Tindakan itu mengakibatkan Arab Saudi ‘bertindak balas’ apabila kuota jemaah haji Malaysia kembali kepada asal iaitu 30,200 orang sahaja; berbanding lebih 40,000 orang semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Riyadh dilihat beri ‘isyarat marah’ kepada Putrajaya dalam satu majlis rasmi Raja Salman Abdulaziz Al Saud di Istana Mina baru-baru ini yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Baca: Arab Saudi Tetap Iktiraf UMNO, Mula Sindir PH

Serta: Raja Saudi Derma AS$3 Bilion Kepada Yaman

Juga: Najib Dedah Kisah Dana Almarhum Raja Saudi

Dan: Isu Dana – Kenapa Tun M Takut Jumpa Saudi?

Malah: Saudi Hantar ‘Isyarat’ Mula Jauhi Malaysia!

Melalui acara tahunan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ketua Pembangkang ditempatkan di kerusi barisan depan manakala Mujahid jauh di belakang.

Terkesan daripada ‘mesej’ Arab Saudi, Mahathir dilaporkan portal itu bertemu Hishammuddin secara rahsia kerana bekas menteri UMNO ini diketahui baik dengan Riyadh selain pulih semula hubungan diplomatik yang bergolak.


Ia juga susulan kegagalan beberapa misi Mahathir ke beberapa negara konon untuk tarik pelaburan asing yang menyaksikan beliau hanya berjaya bawa pulang ‘sifar ringgit’ sehingga jadi bahan jenaka netizen tempatan anti-PH.

Difahamkan usaha Ahli Parlimen Langkawi itu mohon bantuan pinjaman mudah daripada kerajaan Jepun, agak sukar diluluskan oleh pentabiran Perdana Menteri, Shinzo Abe yang ‘lebih selesa’ berurusan dengan kerajaan BN.

Malahan Mahathir dilaporkan pulang dengan ‘tangan kosong’ selepas melakukan lawatan ke China, Indonesia, Brunei, Britain dan Amerika Syarikat selain disindir banyak pihak sebagai lebih kepada sesi percutian keluarga!

Justeru, Mahathir terpaksa ‘perguna’ Hishammuddin kerana berpengalaman luas berunding dengan Arab Saudi berbanding hantar menteri-menteri PH sendiri yang dikutuk beliau sebagai tidak tahu buat kerja ditetapkannya.

Maklumlah, beliau baru kutuk Arab Saudi kerana tidak percaya ada dana mewah kepada Najib ketika diwawancara stesen BBC di London tetapi ‘gagap’ disoal hos program: Pernahkah tanya Raja Salman kesahihan isu tersebut! – Mynewshub.TV

Kategori