Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

6 Petugas Al Jazeera...

KUALA LUMPUR - Seramai enam kakitangan agensi berita antarabangsa Al Jazeera bersama enam...

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat...

PUTRAJAYA - Sebuah Keretapi Komuter Long Island Rail Road (LIRR) telah tergelincir dari...

Pelantikan EXCO PAS Bergantung...

IPOH - Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) PAS dalam kerajaan negeri bergantung...

Sheikh Muszaphar Cari Pelajar...

KUALA LUMPUR – Angkawasan pertama Malaysia, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sedang mencari...

Pihak Berkuasa Indonesia Lakukan Operasi Kesan Pesawat Terhempas

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia kini melakukan operasi mencari pesawat Lion Air yang dilaporkan terhempas di perairan Karawang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi tadi.

Operasi itu melibatkan pasukan tentera dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (BASARNAS) di lokasi pesawat itu terhempas iaitu di koordinat 05 48.934 S 107 07.384 E, di perairan Karawang.

Direktur Jenderal Perhubungan Udara Pramintohadi Soekarno berkata pesawat itu membawa 181 penumpang yang terdiri 178 penumpang dewasa, seorang kanak-kanak dan dua bayi, serta tujuh anak kapal.

Kapten pesawat itu, Bhavye Suneja dilaporkan menghubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk berpatah balik, namun kemudiannya terputus hubungan dengan menara kawalan, katanya dalam satu kenyataan di sini.

“Crisis centre (pusat bantuan kecemasan) telah dibentuk di Terminal 1B Bandara Soekarno Hatta dan Bandara Depati Amir Pangkal Pinang untuk keluarga penumpang,” kata Pramintohadi.


Menurut laporan media Indonesia, anggota keluarga penumpang kini memenuhi Lapangan Terbang Amir Pangkal Pinang, bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung insiden itu.

Sementara itu jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata pihak kedutaan masih mendapatkan maklumat lengkap senarai nama dan warga negara penumpang pesawat berkenaan. – BERNAMA

Kategori