Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

GST Mula Lonjak Ekonomi...

RIYADH - Ketika Malaysia 'kembali ke belakang' dengan mansuh Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Gempa Sulawesi: 800 Jemaah...

KOTA PALU - Sekitar Masjid Baiturrahman yang terletak di tengah bandar Kota Palu...

PBNS Perkenal 21 Garis...

SEREMBAN - Pemain pasukan Hobin Jang Hobin bagi Skuad Liga Super musim depan,...

Pergh… Linda Rafar Dibayar...

WAH! Murah rezeki Linda Rafar apabila dia dikhabarkan ditawarkan sebanyak RM15,000, hanya untuk...

Pinjaman AS$1 Bilion Bantu Zon Bencana Di Indonesia

NUSA DUA, Indonesia – Bank Dunia mengumumkan pembiayaan sehingga AS$1 bilion (RM4.1 bilion) untuk Indonesia selepas negara itu digegarkan oleh siri bencana termasuk gempa bumi dan tsunami yang meragut ribuan nyawa baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Dunia, Kristalina Georgieva mengumumkan pembia­yaan tersebut di pulau pe­ranginan Bali di mana Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa mengadakan mesyuarat tahunan mereka.

Georgieva berkata, dana itu disediakan dalam bentuk pinjaman untuk pembinaan semula tetapi juga bertujuan membantu Indonesia menjadi lebih ‘berdaya tahan’ dan lebih bersiap sedia dalam menghadapi bencana pada masa hadapan.

“Bencana akan terus melanda (Indonesia) dan didokong oleh faktor perubahan iklim, bilangannya juga akan meningkat,” kata Georgieva selepas melawat Kota Palu awal minggu lalu.

Sementara itu, Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati menyambut baik janji Bank Dunia itu.


“Pinjaman ini boleh digunakan oleh pemerintah untuk membantu rakyat pada waktu yang tidak menentu ini,” katanya.

Gempa bumi kuat bermag­nitud 7.5 dan tsunami me­landa bandar Palu di Pulau Sulawesi pada 28 September lalu, mengakibatkan lebih 2,000 orang terkorban dan ribuan lagi hilang serta dianggap terkorban.

Hampir 90,000 orang hilang tempat tinggal dalam bencana di Palu, manakala pihak berkuasa berkata, masa sehingga dua tahun diperlukan bagi membina semula kediaman mangsa gempa bumi dan tsunami. – AFP/Kosmo Online

Kategori