Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timuran dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam (km/j)...

Pekerja Kantin Direman Bantu...

TAIPING – Seorang pekerja kantin ditahan reman enam hari bermula hari ini bagi...

VIDEO : Ini Aksi...

TUMPAT (Kelantan) - Bertempat di Pantai Geting, semalam diadakan Sukan Berkuda di kawasan...

FAMA Diarah Pasarkan Sayur...

KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarah memasarkan sayur ke kawasan yang...

PKNS Mahu Eratkan Lagi Hubungan Dengan Bernama

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini melawat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof berkata kerjasama dengan agensi berita tersebut yang telah terjalin sejak beberapa tahun lepas bakal diperluaskan terutama dalam aspek liputan berita mengenai projek-projek perumahan dan aktiviti PKNS.

“Lawatan pada hari ini adalah kerana kita (PKNS) hendak lihat sendiri bagaimana Bernama beroperasi. Kita juga ingin melihat bagaimana kita boleh slot in dalam bidang yang ada dalam Bernama ini seperti liputan berita ekonomi dan berita tempatan.

“Kita tahu Bernama mempunyai kepakaran dalam bidang ini (penghasilan berita) jadi kita boleh mendapatkan bantuan Bernama,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Wisma Bernama, di sini hari ini.

Rombongan kira-kira 20 kakitangan PKNS yang diketuai Noraida itu turut berkesempatan melawat beberapa jabatan di Bernama termasuk Jabatan Pengarang bagi melihat proses penghasilan sesuatu berita.


Rombongan tersebut dialu-alukan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab yang turut menyampaikan taklimat mengenai Bernama yang memulakan operasi pada tahun 1968.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Audio Visual Bernama Abdul Rahman Ahmad dan Editor Eksekutif Meja Berita Am, Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama, Roslan Ariffin. –BERNAMA

Kategori