Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Hantu’ Kit Siang Muncul...

SEJAK semalam tular klip video yang menunjukkan penampakan hantu wanita berkebaya merah di...

UM Ada Hak Tahan,...

KAJANG - Universiti Malaya (UM) berhak mengambil tindakan yang sesuai termasuk menahan atau...

Jutawan India Lunas RM17j...

DUBAI - Seorang ahli perniagaan dari India membelanjakan 15 juta dirham (kira-kira RM17.5...

Jordan Bantu Malaysia Bebas...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Jordan kini membantu Malaysia dalam usaha pembebasan seorang rakyat...

PLBEGJB Mampu Tingkat Pembangunan Renggam

KLUANG – Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) yang turut merentasi Pekan Renggam, di sini, diyakini mampu meningkatkan pembangunan dan ekonomi kawasan berkenaan.

Anggota Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik berkata apabila siap kelak pada 2021, projek itu sekali gus merubah landskap pekan itu yang kini dianggap ‘pekan mati atau zombie’ termasuk menarik kemasukan pelancong.

“Apabila stesen kereta api ini ‘hidup’, pekan Renggam akan jadi bandar baharu dan bukan lagi ‘bandar mati’.

“Terima kasih MOT (Kementerian Pengangkutan) dan YTL (kontraktor) yang mendengar isi hati kita (penduduk Renggam),” katanya berucap pada majlis taklimat PLBEGJB bersama orang awam, di Renggam, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pasukan PLBEGJB Noor Azman Ramlee dan Penghulu Mukim Renggam Asmi Mislan.

Maszlee yang juga Menteri Pendidikan berkata peluang pekerjaan sudah tentunya wujud semasa pembinaan dan selepas siapnya PLBEGJB dan sehubungan itu, beliau berharap penduduk sekitar bersabar sementara projek berkenaan disiapkan dalam tempoh tiga tahun ini.

Sementara itu, Noor Azman berkata kerja-kerja pembinaan yang kini siap 28 peratus, berjalan mengikut perancangan termasuk isu pemindahan 929 penempatan di sepanjang jajaran landasan sudah diselesaikan.


Beliau berkata pihaknya sentiasa mencari kaedah terbaik dalam pembinaan projek bernilai RM8.9 bilion itu termasuk mengelakkan berlakunya gelungsuran tanah.

“Buat masa ini tren akan melalui 11 stesen, namun, sekiranya terdapat permintaan pada masa depan, tiga stesen lagi akan dibuka iaitu Chamek, Skudai dan Tenang,” katanya.

PLBEGJB yang merupakan projek di bawah Kementerian Pengangkutan, melibatkan landasan sepanjang 192 kilometer melalui 11 stesen termasuk Segamat, Kluang, Labis, Bekok, Paloh, Renggam, Layang-Layang, Mengkibol, Kulai dan Kempas Baru.

Dijangka mula beroperasi pada Oktober 2021, perjalanan tren dari KL Sentral – JB Sentral dianggarkan mengambil masa selama tiga jam 30 minit. – BERNAMA

Kategori