Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Haji: Puasa Sunat Arafah...

MAKKAH - Umat Islam di Malaysia disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah 1435 hijrah...

Mahkamah: Tiga Rakan Didakwa...

UALA LUMPUR - Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari...

KKM Beri Rawatan Terbaik...

GEORGE TOWN - Kementerian Kesihatan akan memberi rawatan terbaik kepada 30 orang mangsa...

Tiada Kemudahan Internet Untuk...

SHAH ALAM - Jabatan Penjara menjelaskan tiada kemudahan internet diberikan kepada Ketua Pembangkang,...

PM Ucap Tahniah Kejayaan Atlet Para Pecah Rekod Dunia

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada dua jaguh negara, Mohamad Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly di atas kejayaan mereka mencipta rekod dunia dalam acara masing-masing di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, hari ini.

“Semoga atlet para kita menemui lebih banyak kejayaan selepas ini #KamiLuarBiasa #MalaysiaBoleh,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau, malam ini.

Mohamad Ridzuan mencatat masa 11.87 saat (s) dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy), sekali gus memadam rekod terdahulu 11.90s milik atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada 2013.

Abdul Latif pula mempamerkan aksi memukau dengan memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri dalam acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) dengan melakukan lompatan sejauh 7.64 meter (m), memadam rekod terdahulu, 7.60m yang dilakar pada Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil.

Dalam pada itu kontinjen negara, menamatkan saingan hari kelima dengan mengumpul dua pingat emas, tujuh perak dan lima gangsa, menjadikan jumlah keseluruhan sembilan emas, 12 perak dan 17 gangsa untuk menduduki tangga kelapan.


China mengungguli carta kedudukan pingat dengan merangkul 104 emas, 50 perak dan 39 pingat gangsa. – BERNAMA

Kategori