Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Indonesia Tambah 3 Wilayah...

JAKARTA: Bilangan wilayah Indonesia meningkat daripada 34 kepada 37 apabila tiga wilayah autonomi...

Pelancong AS Nyaris Dirogol...

BANGKOK - Seorang pelancong warga Amerika Syarikat (AS) dirawat di hospital akibat patah...

Tembak Tayar Kereta Tahan...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang dikehendaki polis berhubung kes rogol kanak-kanak bawah...

Harga Semua Jenis Minyak...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Polis Bantu Tambah Bekalan Darah HSAH

SUNGAI PETANI – Seramai 115 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan Pendang memanfaatkan peluang untuk menderma darah pada Program Derma Darah Peringkat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata program yang julung kali diadakan itu bertujuan menambah bekalan darah di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini bagi kegunaan pesakit yang semakin meningkat.

“Selain menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, anggota polis juga tidak ketinggalan dalam soal kebajikan apabila ramai anggota biasa dan pegawai menunaikan tanggungjawab menderma darah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Adzli berkata program yang bermula pukul 8 pagi dan berakhir pada 1 petang tadi dikendalikan kakitangan daripada HSAH.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Unit Perubatan Transfusi HSAH Dr Sariyati Ahmad berkata program itu diharap dapat membantu HSAH mencapai 1,200 beg bekalan darah sebulan.

Beliau berkata seramai 11 kakitangan terdiri pegawai perubatan, juruteknologi makmal perubatan, jururawat, pembantu perawatan kesihatan dan pembantu tadbir terlibat mengendalikan proses menderma darah. – BERNAMA

Kategori