Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

PH Anggap Bubar DUN...

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri...

Dua Beradik Jual Dan...

TAPAH - Polis Tapah menahan dua beradik dan merampas 30 kilogram (kg) daun...

Transkrip Penuh Titah Sultan...

KUALA LUMPUR - Berikut adalah titah Sultan Muhammad V pada Istiadat pertabalan baginda...

Pengeluaran Penuh KWSP Kekal...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memberi jaminan kepada...

60K Saman Trafik Tertunggak Warga Asing Di Sarawak

MIRI – Polis akan menjalankan Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) bermula Jumaat ini bagi memburu 60,000 saman tertunggak di Sarawak yang melibatkan kenderaan pendaftaran Brunei dalam tempoh 10 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata operasi hingga Ahad ini akan dibuat di sempadan Malaysia-Brunei iaitu dua arah laluan tol Sungai Tujuh Miri ke negara Brunei.

“Operasi ini bertujuan memastikan pesalah trafik warga asing menjelaskan saman tertunggak sebelum meninggalkan negara ini, memberi kesedaran kepada warga asing untuk mematuhi undang-undang trafik dan mencegah kemalangan berlaku melibatkan warga asing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata warga asing khususnya dari Brunei dinasihatkan untuk membuat semakan awal rekod saman tertunggak kenderaan masing-masing di balai polis trafik berhampiran di semua daerah di Sarawak. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori