Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Putera Harry, Meghan Tiba...

WELLINGTON – Majlis sambutan bertemakan budaya tempatan menggamit kunjungan Putera Harry dan isteri,...

Kerajaan Teruskan Lantikan 3...

PUTRAJAYA - Kerajaan semalam bersetuju meneruskan lantikan tiga pemimpin politik sebagai Duta Khas...

Graduan KUIPs Harus Berani...

KANGAR - Graduan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) harus berani menceburi bidang keusahawanan...

PANAS, Ratu Kontroversi ...

ALKISAH siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita ini, Sharifah Sakinah yang sememangnya...

Polis Cari Saki-Baki ‘Geng Rantau’

KULAI – Polis memperhebat usaha mengesan saki-baki anggota kumpulan samun warga asing dikenali Geng Rantau yang aktif melakukan jenayah itu di beberapa daerah di Johor termasuk daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata polis percaya masih ada dua hingga tiga anggota kumpulan tersebut yang sedang bersembunyi selepas kejadian dua rakan mereka mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak berkuasa pada 21 Sept lalu.

“Setakat ini kita tiada maklumat terbaharu mengenai suspek terbabit,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, di sini hari ini.

Mengenai dua suspek yang maut itu, beliau berkata identiti kedua-duanya masih belum dikenal pasti dan mayat mereka juga masih berada di hospital.

Setakat ini tiada siapa yang tampil menuntut mayat terbabit, katanya.

Dalam kejadian 4.15 pagi itu, dua lelaki warga asing berusia 30-an mati ditembak polis di Bukit Batu, Jalan Sedenak menghala ke Felda Sayong di sini.

Mereka dipercayai anggota kumpulan samun yang aktif melakukan jenayah itu sejak enam bulan lepas di beberapa kawasan antaranya Johor Bahru, Pontian dan di sini.


Mengulas kes berasingan, Tok berkata polis sedang mencari beberapa remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes memukul seorang remaja lelaki lain bersama dua rakannya ketika beriadah di kawasan rekreasi Gunung Pulai dekat sini, pada tengah hari 21 Sept lalu.

“Mereka (suspek) telah memukul mangsa dengan menggunakan rotan, menyebabkan mangsa cedera di kepala, tangan dan badan,” katanya dan menambah susulan kes itu polis menahan empat remaja lelaki berusia 16 hingga 17 tahun pada 25 Sept.

“Kita masih mencari baki remaja yang dipercayai terlibat dalam kes itu. Empat remaja yang telah ditahan kini direman sehingga 3 Okt ini. Kes disiasat menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori