Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Zaman Sekarang Ini Semua...

MUSIM Covid-19 ni ditambah pulak ada PKP pulak, kereta apa pun tak teringin...

“Kami Akan Lebih Berhati-Hati!”

GERIK - Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak,...

93 Peratus Kes Keracunan...

GEORGE TOWN - Apabila menyebut tentang keracunan, ramai yang memandang enteng dan menganggap...

Kemaskini Percuma Untuk Beralih...

PERSOALAN yang ditanya orang ramai apabila bercakap tentang sistem operasi terbaru Microsoft iaitu  Windows 10...

Polis Melaka Rampas Dadah Lebih RM230,000

MELAKA – Polis Melaka menahan dua individu dan merampas pelbagai dadah dianggarkan bernilai RM234,980 dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di sini, pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata lelaki dan wanita itu yang masing-masing berumur 40 dan 38 tahun; serta tiada hubungan perkahwinan ditahan di parkir tingkat tiga pusat beli-belah berkenaan kira-kira 4.30 pagi.

Beliau berkata hasil siasatan awal terhadap mereka menjumpai sejumlah syabu yang disorokkan di dalam tiga botol bekas minyak wangi di dalam beg tangan wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang itu.

“Siasatan lanjut ke atas kedua-dua suspek membawa polis kepada penemuan pelbagai jenis dadah di salah sebuah unit apartmen di pusat beli-belah berkenaan.

“Sebanyak 8,800 biji pil dipercayai ekstasi, erimin 5 (1,200 biji), syabu (210.2 gram), heroin (115 gram) dan ketamin (45.3 gram) ditemui di dalam bilik utama apartmen tersebut,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Raja Shahrom berkata polis turut menyita pelbagai barangan termasuk barang kemas, wang tunai dan dua kenderaan Toyota Estima dan Toyota Hilux dianggarkan bernilai RM247,285.

Katanya hasil risikan selama dua minggu, pihaknya percaya pasangan tersebut terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan negara jiran namun siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti hubung kait sindiket tersebut dengan yang lain dan sumber bekalan dadah terbabit diperoleh.

Beliau berkata lelaki yang berasal dari Johor itu mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah dan ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya kedua-duanya direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sementara itu, beliau berkata pihaknya telah menerima laporan polis daripada Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang mendakwa dirinya difitnah terlibat rasuah membabitkan projek pelaburan oleh sebuah portal baru-baru ini.

“Laporan polis berkenaan dibuat di balai Tanjung Minyak kira-kira 2 pagi semalam dan kertas siasatan telah dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana menyalahguna Internet atau perkhidmatan aplikasi sebagai platform bagi menyebarkan kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau yang jelik,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun siasatan terperinci belum dapat dilakukan kerana pihaknya belum sempat mengambil keterangan lanjut daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu kerana beliau berada di luar negara atas urusan rasmi kerajaan negeri Melaka.

Dalam laporan yang dibuat semalam, Mohd Rafiq mendakwa sebuah portal memfitnah dirinya menerima rasuah melibatkan projek pelaburan di negeri ini termasuk projek arang batu di Pelabuhan Tanjung Bruas di sini yang turut mengaitkan penglibatan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Tey Kok Kiew.

Laporan berkenaan dibuat kerana berita yang dipaparkan portal tersebut berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan reputasinya, Adly, Tey dan Pakatan Harapan secara keseluruhan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori