Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Berat Badan Misha Bertambah...

GADIS kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang, Misha Omar kini sedang berbadan dua...

Cuma Sebab Hon, Samseng...

Walaupun kes seorang gadis bertudung mengamuk terhadap seorang warga emas pada Julai lalu menggemparkan negara, perbuatan...

38 Motosikal Musnah Terbakar...

GEORGE TOWN - Sebanyak 38 motosikal yang diletakkan di tingkat bawah sebuah blok...

Bapa Tidak Sabar Tatap...

MUAR - Md Salim Sarmo, 65, bapa kepada Allahyarham Mohd Ali, seorang daripada...

Polis Tawau Tahan 3 Individu, Rampas Dadah Lebih RM20K

TAWAU – Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita dan merampas dadah jenis syabu seberat 253.6 gram dekat pondok teksi di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau dekat sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata sepasukan polis yang menjalankan rondaan dan pemantauan cegah jenayah menahan sebuah kereta mencurigakan dinaiki kesemua suspek berumur antara 24 hingga 39 tahun, pada pukul 2 petang.

“Hasil penahanan itu, polis yang melakukan pemeriksaan tubuh badan ke atas suspek tidak menjumpai barang salah tetapi pemeriksaan di dalam kereta menemukan satu beg plastik berwarna hijau mengandungi lima paket lutsinar berisi bahan hablur jernih dipercayai syabu.

“Dadah yang ditemui di antara tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan itu dianggarkan bernilai RM22,500 di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Fadil berkata ketiga-tiga suspek yang diarah menjalani ujian saringan awal urin didapati negatif daripada sebarang jenis dadah.


Sementara itu, katanya seorang suspek lelaki berumur 31 tahun didapati mempunyai rekod jenayah lampau pada tahun 2005 iaitu di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 serta pada 2012 iaitu Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – BERNAMA

Kategori