Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

150 Premis 7-Eleven Di...

TAIPING - Sebanyak 150 kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven sekitar Perak akan dilengkapi...

Pusat Khidmat DUN Manir...

KUALA TERENGGANU - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir akan mempergiatkan usaha...

Oppo Store Diperkenalkan, Penjualan...

MENGIKUT jejak langkah Xiaomi, Oppo Malaysia hari ini telah mengumumkan pengenalan Oppo Store...

1,144 Sembuh, 1,114 Kes...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 1,114 kes penularan Covid-19 dalam...

Media Sosial Jadi Medan Bincang Pendakwaan Zahid

KUALA LUMPUR – Media sosial dan portal berita menjadi tumpuan warga internet ketika proses pendakwaan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 45 pertuduhan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Setakat 9.55 pagi, beberapa media sosial dan portal berita memaparkan lintas langsung keadaan semasa di mahkamah sekali gus menjadikannya medan perbincangan mereka mengenai kes berkenaan.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zakaria Yaacob berharap semua pihak akan membiarkan mahkamah menentukan sama ada Zahid bersalah ataupun tidak.

“Tak perlu khuatir, pendakwa dengan hujah pendakwaan, pembela dengan hujah pembelaan. Biar mahkamah menentukan,” katanya.

Pengguna Twitter dengan nama profil @fayoes pula meminta Zahid supaya lebih banyak bersabar dengan ujian yang sedang dihadapinya.

“Sabar Datuk Seri, kebenaran akan terserlah kelak, InsyaAllah,” katanya.


Tidak kurang juga pengguna media sosial yang mengambil sikap membuat komen yang sedikit lucu seolah-olah memerli Zahid seperti pengguna Twitter dengan nama profil @shaokmasan.

“Sekurang-kurangnya beliau boleh ‘berbangga’ kerana menghadapi lebih banyak pertuduhan daripada bekas Presiden UMNO sebelum ini,” katanya.

Ahmad Zahid menghadapi 45 pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan beliau diikat jamin RM2 juta bagi kesemua pertuduhan itu. – BERNAMA

Kategori