Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Siasat Segera Kes Kemalangan...

PUTRAJAYA : Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengarahkan siasatan segera dibuat membabitkan kes kemalangan...

Angka Kematian Nahas Pesawat...

TAIPEI - Angka kematian nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas di sungai Taipei...

Aliran Trafik Lancar Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik bergerak lancar di semua lebuh raya utama setakat...

Peminat Teruja Jared Leto...

Buat peminat vokalis Thirty Seconds To Mars iaitu Jared Leto, laporan ini mungkin...

PPBM Tak Terima Individu Timbul Kemarahan Rakyat

ALOR SETAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan menerima kemasukan mana-mana individu yang dilihat boleh menimbulkan kemarahan yang sekali gus boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti tersebut.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sekiranya kepimpinan tertinggi PPBM mengambil masuk individu tersebut masuk ke dalam parti ia akan menjadi kesilapan yang boleh merugikan parti PPBM sendiri.

“Sangat penting untuk kita lihat siapa yang hendak sertai parti, kalau orang yang neutral mungkin kita boleh pertimbangkan tetapi orang yang terang-terang menyusahkan rakyat, memang kita tolak. Saya bercakap bagi PPBM tetapi sekiranya parti lain dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) hendak terima, terpulang.

“Contohnya, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang sebelum ini telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan melampaui batas jadi silap kalau kami terima. Tambahan pula kita menerima penolakan yang sangat tinggi dari kalangan ahli PPBM,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam bahawa tidak pernah terdetik di hatinya untuk keluar UMNO dan menyertai PPBM sebaliknya ingin mempelawa Dr Mahathir dan Mukhriz kembali ke pangkuan UMNO.


Baru-baru ini Mukhriz juga menyatakan sesiapa juga boleh menyertai parti dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad itu kecuali empat orang iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Mohamed Nazri sendiri. – BERNAMA

Kategori