Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Kira-Kira 300 Juta...

PARIS - Penulan wabak COVID-19 memaksa hampir 300 juta murid dan pelajar di...

Ketua UMNO Pensiangan Akui...

KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Sabah, Datuk Abdul Ghani Mohd Yasin...

Semua Kementerian Di Sabah...

KOTA KINABALU - Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri di Sabah sudah...

Pekadin Sokong Kurangkan Beban...

KOTA KINABALU - Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) menyambut baik...

Prasarana Jumpa APAD, DBKL Bincang Kes Kanvas Terbang

SUNGAI BULOH – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mengadakan pertemuan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membincangkan kejadian kanvas iklan yang terjatuh ke landasan Transit Aliran Massa (MRT).

Ketua Operasi MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK), Azmi Md. Zain berkata, pertemuan itu akan turut melibatkan pihak berkepentingan untuk mengenal pasti punca kejadian dan tindakan susulan untuk memastikannya tidak berulang.

“Pertemuan ini juga bertujuan melihat garis panduan baharu yang perlu dipatuhi oleh mana-mana syarikat pengeluar iklan papan tanda di sepanjang jajaran MRT,” katanya dalam sidang akhbar berhubung kejadian itu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam, kanvas berukuran 30 kaki dari papan iklan berhampiran laluan MRT SBK terbang dan terjatuh di antara stesen Pusat Bandar Damansara dan Phileo Damansara.

Kejadian itu dipercayai berpunca akibat angin kencang dan hujan lebat yang menyebabkan perkhidmatan MRT terpaksa dihentikan serta-merta.


Katanya, insiden itu menyebabkan operasi perkhidmatan MRT tergendala selama tiga jam.

“Ini adalah sesuatu yang serius kerana mengganggu perjalanan pengangkutan awam lebih-lebih lagi ketika hujan.

“Saya difahamkan Mass Rapid Transit (Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) akan mengadakan pertemuan dengan syarikat iklan tersebut hari ini untuk menilai kesalahan tersebut sebelum memanjangkannya kepada APAD,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori