Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Suamiku Koma Diserbu Lembu

PERMAISURI - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi koma setelah diserbu sekumpulan lembu ketika...

MH370: Laporan Interim Dikeluarkan...

KUALA LUMPUR - Laporan interim penyiasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370...

Video: Pondan Mengamuk, Suruh...

SEORANG lelaki 'jelmaan' bertindak memuatnaik video memaparkan dirinya memaki hamun seorang wanita bertudung...

Elizabeth Tan Nak Bersara...

BEBERAPA hari lalu kecoh di laman sosial apabila dikhabarkan Elizabeth Tan mahu bunuh...

Premis Sate Tulang Di Senawang Diarah Tutup

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mengarahkan pengusaha premis sate tulang di Senawang menutup operasinya selama dua minggu bermula hari ini, kerana didapati telah mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.

Pengarahnya, Dr. Zainudin Mohd Ali berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan mengejut ke atas sebuah rumah yang dijadikan tempat penyediaan sate tulang tersebut, susulan tular isu kebersihan tempat berkenaan oleh netizen dalam Facebook.

“Maklum balas yang diterima hasil siasatan ini mendapati pemunya premis telah melanggar Akta Makanan 1983 dan secara keseluruhan premis ini didapati tidak bersih.

“Selain itu pengusaha premis juga didapati telah melakukan beberapa kesalahan seperti pengendali makanan tiada suntikan tifoid, peralatan masakan yang kotor dan amalan penyediaan makanan yang tidak bersih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zainuddin berkata, premis tersebut diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. – BERNAMA

Kategori