Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

QZ8501 Dipercayai Pecah Saat...

Setelah masuk hari ketiga, akhirnya perkhabaran tentang pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang...

Para ASEAN 2017 Ditutup,...

KUALA LUMPUR - Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 kali kesembilan bertemakan 'Bangkit...

Tiada Lagi ‘Rumah Sarang...

KUALA LUMPUR - Dasar Komuniti Negara yang akan dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan...

ATM Bantu Vaksinasi Menerusi...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Darat melaksanakan pemberian vaksin...

PAS Puji Langkah Pemerkasaan Negeri KSP RMK11

MARANG – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan langkah pemerkasaan kerajaan negeri melalui pengagihan kuasa pusat yang dibentangkan dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-11 (RMK) oleh Perdana Menteri adalah contoh diplomasi sebenar.

Beliau berkata PAS menyambut baik perkara itu kerana ia akan meningkatkan hubungan baik di antara kerajaan pusat dan negeri sekali gus mengembalikan semula semangat federalisme yang terhakis selama ini.

“Saya amat mengalu-alukan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat pembetulan ini termasuklah pemisahan kuasa untuk badan-badan lain yang termasuk dalam bidang negeri.

“Kita sedar bahawa kerajaan pusat tidak boleh menanggung semua beban. Oleh itu ada pembahagian yang perlu kerajaan negeri laksanakan sendiri cuma tinggal kerajaan pusat perlu pantau sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya selepas menyampaikan kuliah di sini, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir membentangkan KSP RMK11 2016-2020 di Dewan Rakyat yang disifatkan sebagai dokumen reformasi yang komprehensif dalam usaha mereformasikan semula negara.

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang turut mengulas cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengehadkan kuasa perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri dalam tempoh dua penggal yang dianggap memerlukan kajian terperinci dan holistik.


“Perkara ini sesuatu yang fleksibel. Kita kena sedar jika pemimpin itu dapat jalankan tugas dengan baik dalam masa tersebut tak wajar kita tukar.

“Tapi sekiranya ada salah laku, satu penggal pun kita tak boleh beri. Jadi ini bukanlah ukuran yang tetap,” katanya. – BERNAMA

Kategori