Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

43 Rakyat Malaysia Tiba...

PUTRAJAYA - Seramai 43 rakyat Malaysia akan tiba dari Sana'a, ibu negara Yaman,...

SAH! Dua Lelaki Dalam...

DUA warga Malaysia yang terlibat dengan kumpulan militan IS dan muncul dalam rakaman video penggal...

Gila! Gadis Mahu Kahwini...

TERKEDU seketika kami membaca pengakuan berani seorang gadis berasal dari Great Lakes, Amerika Syarikat...

Putera Harry Tiba Di...

SYDNEY - Walaupun dalam keadaan cuaca hujan dan berangin, ia tidak menghalang orang...

PRK PD: 22 Permit Cermah Dikeluarkan Sepanjang 7 Hari

PORT DICKSON – Sebanyak 22 permohonan permit ceramah telah dikeluarkan bagi tempoh tujuh hari berkempen setakat hari ini bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson (PD), kata Timbalan Ketua Polis daerah, DSP Mohd Faisal Mohd Noor.

Beliau berkata 11 daripadanya dimohon Pakatan Harapan (PH), enam PAS dan lima bagi calon Bebas.

Sejumlah 42 program kempen telah diadakan oleh calon dan juga parti yang bertanding merangkumi 25 daripada PH, empat PAS dan Bebas 13.

“Selain itu, 25 laporan polis diterima dalam tempoh tersebut dengan dua kertas siasatan dibuka bagi kes berita palsu dan ugutan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Faisal turut berkata lima pasukan pemantau digerakkan bagi memantau ceramah dan aktiviti kempen yang dilakukan oleh calon dan parti yang bertanding.


“Setakat ini tiada kejadian tidak diingini berlaku pada PRK Parlimen Port Dickson,” katanya.

PRK 13 Okt itu menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan calon PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. – BERNAMA

Kategori