Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Saya Maafkan Mereka” –...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang disingkirkan daripada jawatan...

Making Money Publishing

Individuals are beginning to notice that Global Warming is actually an issue that...

Harga Runcit Petrol, Diesel...

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu...

Mavcom Tidak Lindungi Hak...

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes hari...

PRK PD: Saiful Bukhari Akui Bertanding Kerana Anwar

PORT DICKSON – Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mengakui penyertaannya pada PRK itu bagi menghalang bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kembali ke Dewan Rakyat dan seterusnya menjadi perdana menteri.

Katanya ini kerana beliau tidak yakin Ketua Umum PKR itu mampu mentadbir negara ini dengan baik.

“Seperti yang saya jelaskan (sebelum ini), penyertaan saya ini bukan mengenai dendam peribadi atau isu peribadi semasa saya dengan Anwar dan perkara itu saya anggap sudah berlalu… sudah 10 tahun.

“Saya sudah berjanji saya tidak mahu serang peribadi tetapi saya secara peribadi saya kenal siapa dia (Anwar). Secara peribadi saya tak yakin dia dapat mentadbir negara ini dengan baik dan PRK ini telah menggunakan wang rakyat semata-mata untuk mengangkat agenda peribadi beliau,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di sini.

Mohd Saiful Bukhari, 33 yang menafikan penyertaannya dalam PRK itu ditaja pihak tertentu, berkata keputusan tersebut dibuat selepas beliau menimbang pelbagai faktor termasuk rasa kecewa apabila kerusi berkenaan dikosongkan secara sengaja demi memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Anak kelahiran Johor Bahru itu berkata selain menyekat Anwar, penyertaannya juga adalah sebagai isyarat kepada parti-parti politik supaya tidak mengambil mudah amanah yang telah diberikan rakyat kepada wakilnya.

“Saya sebagai anak muda, saya mahu memberi satu isyarat bahawa rakyat di luar ini sudah muak dan tak boleh terima sistem demokrasi kita ini dimomokkan sedemikian rupa. Jadi saya harap dengan penentangan saya ini (terhadap pengosongan kerusi) dan jika rakyat terima, kita harap ia ditamatkan,” katanya.

Menurutnya walaupun tiada jentera kempen yang besar membantunya, beliau akan memaksimumkan penggunaan media sosial untuk meraih sebanyak mungkin sokongan.

“Selain penggunaan teknologi, saya juga akan berkempen secara tradisional iaitu bersemuka dan sekiranya ‘crowd’ tidak ramai, maka kita akan buat siaran langsung dalam laman sosial Facebook (FB live) dan sebagainya supaya masyarakat Port Dickson dapat melihatnya,” katanya.

Ditanya tentang persepsi dan penerimaan rakyat terhadap dirinya ketika berkempen memandangkan beliau sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi yang menggegarkan negara, Mohd Saiful Bukhari berkata itu merupakan cabaran baginya untuk meyakinkan rakyat.


“Ada juga yang bertanya dan itu cabaran pertama saya yang perlu saya jelaskan.. dalam masa dua tiga hari ini itulah soalannya. Jadi memang kita perlu jelaskan bahawa saya betul-betul serius saya datang ke sini untuk mewakili mereka dan bukannya buat sibuk mahu ingatkan orang mengenai kisah lama,” katanya.

Beliau berkata PRK Parlimen Port Dickson merupakan penyertaan rasminya dalam arena politik dan akan terus aktif berpolitik walaupun kalah pada pilihan raya itu.

Selain Mohd Saiful Bukhari dan Anwar, PRK Parlimen Port Dickson yang menyaksikan persaingan tujuh penjuru turut melibatkan Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS) dan empat lagi calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, penyandang kerusi berkenaan Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Pada 12 Sept lalu, Danyal mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding pada PRK dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 Okt sebagai hari pengundian dan 9 Okt hari pengundian awal. – BERNAMA

Kategori