PORT DICKSON – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap lebih ramai pengundi akan muncul untuk menunaikan tanggunjawab mereka pada pilihanraya kecil Port Dickson ini sebelum pusat mengundi ditutup pukul 5.30 petang.
Pengerusinya Azhar Azizan berkata sehingga pukul 11 pagi ini, sekitar 24 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka, peratus yang agak kecil berbanding apa yang dijangka.
“Kami harap lebih ramai lagi pengundi yang muncul nanti, SPR sudahpun mengambil pelbagai langkah aktif bagi menggalakkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dengan pelbagai iklan dan pengumuman,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat Pusat Mengundi Daerah di Sekolah Kebangsaan Chuah di sini hari ini.
Sehingga pukul 12 tengah hari, peratus yang sudah mengundi kini adalah sekitar 34 peratus. – BERNAMA