Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Remaja Godam 4,600 Laman...

JAKARTA - Seorang remaja berusia 19 tahun ditangkap polis Indonesia kerana menggodam lebih...

How-To Create A Connection...

His self less sacrifice to do his targets really signifies that Martin Luther...

HFMD Di Perlis Masih...

KANGAR - Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Perlis masih terkawal walaupun...

MyCARE Kehilangan Seorang Imam

KUALA LUMPUR - Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) kehilangan seorang imam terpilih bagi...

Prosedur Perundangan Kes Rosmah Ikut Undang-Undang

PUTRAJAYA – Prosedur perundangan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dibuat mengikut undang-undang, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Merujuk kepada dakwaan oleh anak perempuan Rosmah, Nooryana Najwa Najib, bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agak melampau bertindak menangkap ibunya, Mahathir berkata tindakan itu dibuat tanpa niat dendam.

“Jika ia bertentangan dengan undang-undang, proses perundangan akan dijalankan, itu janji kita dan tidak ada niat untuk berdendam dan apa jua seumpamanya.

“Undang-undang menyebut (bahawa) jika anda mencuri wang, anda akan didakwa di mahkamah. Sama ada mahkamah bersetuju atau tidak, itu perkara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Asean mengenai Pengurusan Bencana kali keenam dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan di sini hari ini.

Nooryana Najwa, dalam hantaran Instagram semalam, berkata beliau boleh menerima hakikat tindakan ke atas bapanya Najib, tetapi penangkapan ibunya dan penggeledahan rumah neneknya, Tun Rahah Mohammad Noah adalah keterlaluan.

Rosmah ditangkap pada 3.20 petang semalam ketika memberi kenyataan di ibu pejabat SPRM di sini. Beliau menghadapi 17 pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya mengenai penangkapan Azman Noor Adam, adik anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam, kerana didakwa menghina Perdana Menteri dalam media sosial, Mahathir berkata polis tidak sepatutnya bertindak sedemikian.


Ahli politik perlu terima apabila dikritik, katanya, dan menambah bahawa beliau dipanggil dengan banyak nama semasa beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini dan tidak pernah pula mengambil sebarang tindakan terhadap pelaku berkenaan.

“Saya tidak kisah dicela oleh sesiapa, ia tidak akan menjejaskan saya. Ada satu kes di Pulau Pinang dan saya beritahu mereka (polis) agar tidak mengambil sebarang tindakan yang seumpamanya,” katanya.

Azman Noor diberkas polis di bawah Akta Hasutan pada Selasa kerana didakwa berkongsi gambar yang menghina Dr Mahathir dalam media sosial.

Lokman Noor memberitahu media adiknya diberkas oleh sepasukan polis di rumahnya pukul 3 pagi dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Shah Alam di mana beliau kemudian direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes itu. – BERNAMA

Kategori