Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bakar Kereta Dekat LRT:...

PETALING JAYA - Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Perdana Menteri Minta Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa...

Bapa 3 Anak Didenda...

MELAKA - Padah membawa lari wanita berstatus isteri orang ke sebuah bilik hotel...

Hanya Wayang Politik Kit...

KUALA LUMPUR - Ugutan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bersara sekiranya Perdana...

Punca Abdullah Sani Kalah Di Kapar

KUALA LUMPUR – Calon Ketua PKR Cabang Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan kekalahan beliau dalam pemilihan cabang itu semalam sebagai tidak mengejutkan.

Dalam pemilihan semalam, Datuk Abdullah yang merupakan Ahli Parlimen Kapar, tewas pada Dr. Daroyah Alwi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa.

Selain Abdullah Sani dan Daroyah, turut bertanding dalam pemilihan kali ini adalah Mohd. Ali Mat Rasid, Mohd Miftahhuddin Abdullah dan penyandang jawatan, Datuk Azizi Ayob.

Apabila ditanya adakah kekalahan itu disebabkan kelantangan beliau dalam membicarakan beberapa isu, Abdullah berkata, “Saya tewas kepada seorang anak tempatan, jadi ini bukan lah sesuatu yang mengejutkan.” kata beliau ketika dihubungi Utusan Online sebentar tadi.

Antara isu yang pernah diketengahkan Abdullah Sani termasuk tuduhan campur tangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin dalam cubaan menghalang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri.

Beliau telah mengemukakan permohonan maaf kepada Perdana Menteri atas keterlanjuran beliau berbicara pada 20 Ogos lalu.

“Bukan, bukan sebab itu saya kalah (pemilihan semalam). Kita kena faham, antara situasi politik dan situasi rakyat.


“Kalau nak diikutkan, saya baru sahaja di kawasan itu, baru empat bulan. Jadi, agak sukar untuk saya tewaskan orang yang sudah lama bertapak di situ,” kata beliau.

Abdullah Sani, yang menyokong Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden turut menambah, kemampuan Rafizi untuk mengurangkan jurang undi pencabarnya, Azmin Ali dalam perebutan kerusi tersebut memberi isyarat bahawa persaingan tersebut masih terbuka.

“Ketika Pemilihan PKR 2014, pada saat ini Mohamed Azmin telah jauh mendahului lawan. Tetapi kali ini beliau hanya berkelebihan 700 undi.” – UTUSAN ONLINE

Kategori