Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Peruntuk RM20 Juta...

CYBERJAYA - Kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi membangunkan Bandar Usahawan Strategi Lautan Biro...

Jakim Nafi ‘Program Mukhayyam’...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan tetap meneruskan usaha untuk...

Terbaik! Sikap Jujur Seorang...

ALHAMDULILLAH, sebenarnya masih ada lagi manusia yang mempunyai sifat murni dan tidak pentingkan...

Dakwaan Kerajaan Tak Demokratik...

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak...

Rafidah Selar PH Dibelenggu Manifesto

KUALA LUMPUR – Tan Sri Rafidah Aziz menyelar pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang gagal mengotakan janji seperti yang termaktub dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Memetik laporan portal berita, beliau berkata salah satu rancangan yang gagal menjadi kenyataan adalah apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak menjadi Menteri Pendidikan seperti yang dijanjikan.

“Saya terkilan kerana Dr Mahathir pernah memberitahu saya yang beliau akan mengambil alih portfolio pendidikan dan saya amat teruja dengan perkhabaran itu.

“Saya katakan kepadanya yang keputusan itu adalah sangat baik namun, dua hari kemudian semuanya membantah.

“Kenapa? Kenapa? Kenapa? Manifesto bodoh yang halang anda, bukan?” soalnya ketika menjadi panel sempena program ‘Malaysia Baharu: Maju Ke Depan Bersama’ pada persidangan Malaysia: Satu Permulaan Baru, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Dr Mahathir pada pernah berkongsi dengannya idea bagi menambah baik sistem pendidikan negara.

“Saya amat gembira dan saya beritahu anak-anak bahawa beliau memiliki idea yang yang bernas walaupun sudah berusia 93 tahun,” katanya.


Sementara itu, beliau turut memberi amaran bahawa tidak mustahil kerajaan akan kehilangan kuasa sekiranya tidak dapat membuat keputusan penting hanya kerana ‘terikat’ dengan manifesto yang dijanjikan.

“Jangan biarkan manifesto membelenggu pemimpin daripada mara dalam membangunkan negara kerana anda mungkin hanya akan memerintah untuk satu penggal saja,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir mengakui Perdana Menteri tidak boleh memegang portfolio lain dalam Kabinet berdasarkan manifesto PH.

Perjanjian itu (Perdana Menteri tidak boleh memegang portfolio lain) sudah termaktub dalam manifesto PH dan beliau tidak boleh mungkir, sebaliknya Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik kemudiannya dilantik Menteri Pendidikan. – BH Online

Kategori