Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rozita Che Wan Berseluar...

PELAKON Rozita Che Wan sekarang tengah bercuti bersama ahli keluarganya di kota London...

PM Arah Kementerian Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengarahkan Kementerian...

JKM Nafi Agih Bakul...

PUTRAJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan wujud pengagihan bantuan bakul makanan dengan nilai rendah...

62 Kes Didaftar Di...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 62 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak telah didaftarkan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya sejak  mahkamah khas itu beroperasi 4 Julai lepas. Menteri...

Raja Saudi Derma AS$3 Bilion Kepada Bank Pusat Yaman

KELMARIN jutaan penonton di seluruh dunia terkejut Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan angkuh dakwa tidak mungkin Arab Saudi sanggup derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kelakarnya, Perdana Menteri dengan usia tertua di dunia tersebut hairan bagaimana Arab Saudi ada dana sebanyak itu dan dakwa tidak pernah dengar kisah ada orang terima sumbangan mewah dari negara Asia Barat berkenaan.

Ironi, Mahathir ‘gagap’ tidak jawab soalan cepumas hos program Hardtalk terbitan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) itu sama ada beliau sendiri sudah bertanyakan pihak Arab Saudi untuk semak kesahihan isu dana berkenaan.

Tidak hairanlah sehingga kini Mahathir tidak buat lawatan rasmi ke Arab Saudi sejak menang Pilihan Raya Umum (PRU) lalu waima tidak berani tanya Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ketika baginda kunjungi Malaysia tahun lepas.

Hakikatnya satu dunia maklum bahawa Menteri Luar Arab Saudi, Adeil Al-Jubeir pada 2016 mengesahkan isu dana berkenaan dan tidak bantah ketika Peguam Negara waktu itu, Tan Sri Apandi Ali dedahkan sumber wang tersebut.

Terbaharu, sebuah akhbar bahasa Inggeris berpengaruh di Arab Saudi, Arab News semalam melaporkan raja itu yang juga Penjaga Masjid Dua Tanah Suci sudi derma AS$200 juta (RM828 juta) kepada pihak Bank Pusat Yaman.

Baca: Najib Dedah Kisah Dana Almarhum Raja Saudi

Juga: Isu Dana – Kenapa Tun M Takut Jumpa Saudi?

Serta: Saudi Hantar ‘Isyarat’ Mula Jauhi Malaysia!

Perintah diraja tersebut dikeluarkan kelmarin bagi bantu stabil semula ekonomi negara jirannya itu yang terjejas teruk akibat kesan perang saudara dengan pemberontak Houthi Syiah sehingga mata wang Yaman jatuh nilainya.

Untuk rekod, Arab Saudi ialah penderma terbesar di Yaman termasuk misi bantuan kemanusiaan dan sumbangan ini bukan baharu kerana pada Mac lalu, baginda pernah derma AS$2 bilion (RM8.2 bilion) kepada bank berkenaan.


Ini menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan Raja Salman kepada Bank Pusat Yaman ialah AS$3 bilion (RM12.4 bilion), sekali gus membuktikan keprihatinan baginda dalam bantu saudara seagama di negara Islam yang susah.

Arab News pernah lapor pada 2015, kerajaan Arab Saudi sebelum kemangkatan Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud awal tahun itu telah derma AS$115 bilion (RM476 bilion) kepada 90 negara termasuk yang bukan Islam.

Bantuan berkenaan turut meliputi dana kepada Najib pada 2013 untuk kegunaan PRU, susulan kebimbangan Arab Saudi dengan ‘gelombang’ Arab Spring tajaan rejim Israel sebelum itu bagi guling kerajaan Islam di seluruh dunia.

Namun, bekas perdana menteri tersebut dilaporkan sudah pulang sumbangan peribadi itu yang kemudian dijadikan ‘modal fitnah’ oleh Mahathir kononnya dicuri daripada akaun syarikat pelaburan kerajaan, 1MDB. – Mynewshub.TV

Kategori