Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dipenjara 78 Tahun...

KUCHING - Seorang lelaki yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 60 tahun dan...

KJ Mohon Maaf Isu...

KUALA LUMPUR - Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memohon...

Pemutihan Kawasan Aktiviti Dadah...

TAWAU - Pemutihan kawasan berisiko tinggi aktiviti penyalahgunaan dadah memerlukan komitmen semua pihak...

Rumah Mampu Milik RM80,000...

PETALING JAYA - Rumah mampu milik berharga dalam lingkungan RM70,000 hingga RM80,000 di...

Rakyat Macedonia Setuju Tukar Nama Negara

SKOPJE – Rakyat Macedonia semalam menyokong pelan menukar nama negara itu bertujuan menamatkan perbalahan berdekad lama dengan Greece dan membuka jalan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU).

Dengan kertas undi daripada 93 peratus pusat pengundian dikira, 91.3 peratus undian menyokong pertukaran nama kepada Macedonia Utara, berbanding 5.7 peratus yang membantah, menurut kiraan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya.

Bagaimanapun, cuma satu pertiga daripada 1.8 juta pengundi layak yang berbuat demikian.

Greece memberi reaksi kepada keputusan itu dengan Kementerian Luar berkata ia kekal komited kepada perjanjian Jun lalu dengan Skopje yang menyaksikan Athens akan menarik balik bantahan kepada Macedonia untuk menyertai EU dan NATO susulan pertukaran nama itu.

Perdana Menteri Greek, Alexis Tsipras, meluahkan sokongan kepada rakan sejawatnya dari Macedonia dalam panggilan telefon, memuji kesungguhan dan keberanian Zoran Zaev untuk menyelesaikan pelaksanaan perjanjian itu, kata sumber kerajaan.


Pungutan suara yang tidak terikat dengan undang-undang untuk menamakan semula Macedonia memerlukan pengesahan Parlimen dengan majoriti dua pertiga dan juga diberikan kelulusan oleh Parlimen Greek.

ā€œAhli Parlimen kini mempunyai tanggungjawab untuk menjadikan Macedonia sebagai tempat lebih baik bagi kita semua,ā€ kata Zaev kepada wartawan lewat semalam. ā€” AFP/BH ONLINE

Kategori