KUALA LUMPUR – Kaji selidik yang dijalankan oleh Cilisos.my dan Fitness First keatas 3,779 rakyat Malaysia bulan lepas mendedahkan bahawa tiga sebab utama rakyat Malaysia tidak bersenam adalah kerana kurangnya motivasi (51.32 peratus), tidak mempunyai masa dan tiada teman untuk pergi bersama.
Seramai 19.42 peratus menganggap berjalan berjam-jam di pusat membeli-belah sebagai satu bentuk senaman, purata senaman tekan tubi yang boleh dibuat tanpa henti adalah 18 kali, manakala berupaya berlari maraton dan memanjat gunung adalah antara sasaran yang ingin dicapai dalam kehidupan.
Itu adalah beberapa pandangan yang diperolehi jenama pusat kecergasan antarabangsa Fitness First dalam tinjauan sempena kempen #THATMOMENT di enam negara di Asia — Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Thailand.
Kempen bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mencapai lebih daripada apa yang mereka fikirkan sukar melalui jalan kekal cergas.
Ketua Pemasaran Celebrity Fitness & Fitness First Malaysia Anusha Segaren berkata apabila seseorang mengambil langkah pertama ke arah kecergasan, ganjaran akan menyusul dan akan mula merasai sejauh mana pencapaian yang dibuat.
“Kecergasan bukan sekadar latihan di gim dan mencapai sasaran anda. Kami percaya bahawa perasaan yang sihat memberi anda keyakinan, tenaga dan keyakinan diri untuk lebih maju dalam kehidupan,” katanya.
Sebahagian daripada kempen #THATMOMENT melibatkan peraduan transformasi, dimana dua pemenang akan dibiayai untuk menyertai acara maraton Angkor Wat di Kemboja atau mendaki Gunung Kinabalu di Sabah.
Bakal mengiringi pemenang dalam cabaran Gunung Kinabalu adalah atlet dan pelari kudung, CK Loh, manakala personaliti tempatan, Davina Goh, akan bersama peserta ke maraton Angkor Wat.
Untuk mempersiapkan diri bagi cabaran tersebut, para pemenang akan menjalani latihan khusus dengan pelatih peribadi Fitness First.
Lawati www.fitnessfirst.com.my/highlights/thatmoment/ untuk maklumat lanjut berkenaan kempen #THATMOMENT. Tarikh akhir penyertaan adalah 7 Oktober dan pemenang akan diumumkan seminggu kemudian. – BERNAMA