Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

10 Maut Helikopter Bertembung...

BUENOS AIRES - Seramai 10 orang maut apabila dua helikopter bertembung di udara...

Kad Baharu Anggota Parlimen...

KUALA LUMPUR – Kad baharu Anggota Parlimen yang ditambah baik termasuk memiliki ciri-ciri...

Tempat Perlindungan Remaja Hamil...

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedia melindungi remaja mengandung luar...

450,000 Kondom Di Perkampungan...

BRASILIA - Kira-kira 450,000 kondom akan diedarkan semasa Sukan Olimpik Rio de Janeiro,...

Rampas Dadah, 7 Ditahan Di Pusat Hiburan

JOHOR BAHARU – Polis menahan lima pengunjung berserta seorang pengurus dan seorang penyelia sebuah pusat hiburan dalam serbuan di premis berkenaan di Jalan Sutera, Taman Sentosa, di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata selain penahanan kesemua enam lelaki dan seorang wanita warga asing berumur 21 hingga 44 tahun itu, serbuan pada 3.15 pagi tersebut turut merampas sejumlah dadah.

“Kesemua tujuh mereka merupakan antara 22 individu yang diperiksa di premis itu.

“Lima daripadanya iaitu pengunjung premis itu didapati positif dadah, pengurus pula didapati menjalankan perniagaan melebihi masa ditetapkan manakala penyelia yang bertugas di kaunter bayaran itu pula ditahan kerana polis menemui syabu dan ganja di laci bahagian kaunter bayaran berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shahurinain berkata kesemua dadah yang dirampas melibatkan 164.12 gram ganja, 1.09 gram ketamine, 16 biji pil ekstasi, 13 biji pil Eramin 5 serta 0.28 gram syabu.

Shahurinain berkata kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6, Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 11 (2) Enakmen Negeri Johor dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. – BERNAMA

Kategori