Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Dinobat Destinasi Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Malaysia sekali lagi merangkul anugerah ‘Pelancongan Kesihatan dan Perubatan: Destinasi Terbaik...

Keluarga Nora Anne Mahu...

PETALING JAYA - Ibu bapa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang ditemui maut...

Sajat ‘Cerai’ Talak 3...

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, mengesahkan dia telah...

Running Man Dikritik Paksa...

RANCANGAN candawara nombor satu Korea, Running Man diselar oleh peminatnya gara-gara memaksa satu-satunya...

Rasuah: Pegawai Kanan Bomba Direman 5 Hari

SHAH ALAM – Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Klang, direman selama lima hari bagi bantu siasatan dakwaan meminta dan menerima suapan RM1,000 daripada seorang pemilik kilang plastik, semalam.

Lelaki berusia 58 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Majistret Shah Alam, P. Sarulatha mengeluarkan perintah tahanan reman itu bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pegawai bomba itu didakwa meminta dan menerima suapan tersebut sebagai dorongan untuk meluluskan pemeriksaan keselamatan yang dilakukan di kilang milik pengadu.

Lelaki itu ditahan di Kapar, Klang kira-kira pukul 7.35 petang semalam. – BERNAMA

Kategori