Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

1MDB: PDRM Mohon Ambil...

KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menghantar permohonan bantuan bersama dalam perkara...

1,294 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,294 kes baharu Covid-19 dan lima kematian dilaporkan di...

Despacito Haram Di Malaysia...

SEBELUM ini Kementerian Komunikasi dan Multimeda telah mengarahkan semua radio dan saluran televisyen...

Selipar Yang Menjadi Mimpi...

Sesetengah perkara melibatkan sikap manusia kadang-kadang berlaku di luar kemampuan kita untuk menghalangnya.Sebagai...

Rasuah: Pegawai Kanan Bomba Ditahan SPRM

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai bomba kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki meminta dan menerima suapan sebanyak RM1,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 58 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.35 malam di Kapar, Selangor.

“Siasatan awal mendapati suspek telah meminta suapan RM1,000 daripada pemilik kilang plastik sebagai dorongan untuk meluluskan pemeriksaan keselamatan di kilang tersebut.

“Difahamkan, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini untuk permohonan reman,” katanya di sini hari ini.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Kategori