Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Perak Wujud Lembaga Khas...

IPOH - Kerajaan negeri akan mewujudkan satu lembaga atau entiti berkepentingan bagi mengawal...

Permuafakatan BN Asas Untuk...

KUALA LUMPUR - Permuafakatan kukuh antara semua komponen parti Barisan Nasional (BN) menjadi...

Pertemuan BN-CPC Tiada Kaitan...

IBARAT paku dulang, paku serpih, kata orang tapi dia pula lebih. Mungkin perumpamaan...

Ekonomi China Mula Perlahan,...

PERKEMBANGAN menunjukkan ekonomi China mula perlahan akibat perang dagang dengan Amerika Syarikat mula...

Ratifikasi ICERD Satu Malapetaka – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR – PAS menyifatkan langkah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebagai satu malapetaka dan menyentuh beberapa sendi utama bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara tersebut akan memberi implikasi besar kepada negara dan rakyat.

“Kami mendesak kerajaan tidak menerima (ICERD), sekiranya kerajaan meneruskannya saya fikir mobilisasi rakyat yang besar akan berlaku kerana implikasinya bukan sahaja kepada orang Islam.

“Malah ini termasuk juga penduduk Sabah dan Sarawak dan hak keistimewaan bumiputera yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Anggota Parlimen Kubang Kerian itu mengulas berhubung perhimpunan membantah ICERD oleh pertubuhan bukan kerajaan di luar bangunan Parlimen, pagi tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai rombongan 10 peserta himpunan tersebut menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Jabatan Perdana Menteri.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy pada 24 Okt lalu dilaporkan berkata kerajaan komited untuk meratifikasi enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama 2019.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata ICERD hanya akan ditandatangani selepas berunding dengan semua kaum di Malaysia.

Dr. Mahathir menyifatkan latar belakang demografi Malaysia yang menyaksikan pelbagai lapisan kaum dan bangsa hidup bersama amat sensitif kepada perkara tertentu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ICERD

Kategori