Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Perkasakan Koperasi Dalam Sektor...

TANAH MERAH - Sektor koperasi di seluruh negara akan diperkasakan dalam bidang peruncitan...

Video: Terbaik! Pelajar Cina...

INILAH yang dinamakan Malaysia, walaupun kita baru sahaja digegarkan dengan kekecohan yang berlaku...

Lembaga Disiplin UMNO Panggil...

PETALING JAYA - Lembaga Disiplin UMNO akan memanggil ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein...

Akta Baharu Tangani Isu...

PUTRAJAYA - Isu-isu yang melibatkan perpaduan, sensitiviti kaum dan agama yang kini di...

Ratna Malukan Calon Presiden

JAKARTA – Terpedaya dengan dakwaan anggota pasukan kempennya, Ratna Sarumpaet, bahawa dia cedera di muka akibat dipukul, pencabar Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, terpaksa memohon maaf kerana menyokong dakwaan wanita itu.

Media Indonesia melaporkan, Selasa lalu, Ratna, 69, mendakwa dia diserang tiga lelaki di Bandung bulan lalu, selepas gambar mukanya yang bengkak tersebar di media sosial.

Sehari kemudian, aktivis itu mengaku berbohong dan bengkak pada mukanya akibat rawatan kecantikan, termasuk menyedut lemak.

“Secara peribadi dan sebagai pemimpin pasukan (kempen), saya memohon maaf kepada orang ramai kerana menyatakan sesuatu yang belum dipastikan lagi.

“Saya memohon maaf kerana gopoh. Kami pasukan baharu dan masih belajar. Namun ia bukan alasan. Jika kami salah kami mengakuinya dan kami memohon maaf,” katanya kepada media selepas pengakuan Ratna itu.

Jakarta Post melaporkan, menurut bekas jeneral itu, Ratna sudah meletak jawatan daripada pasukan dan beliau tidak akan campur tangan dalam sebarang tindakan undang-undang terhadapnya.

“Kami tidak bertolak ansur terhadap berita palsu. Jika anda anggota pasukan kami menyebarkan berita palsu atau pembohongan, kami akan ambil tindakan tegas dan melaporkannya kepada pihak berkuasa,” kata Prabowo.

Dakwaan palsu Ratna itu bertukar menjadi isu politik selepas Prabowo berjumpanya dan ‘mengecam’ serangan terhadapnya, termasuk akan bertemu Ketua Polis Kebangsaan Jeneral Tito Karnavian mengenai ‘salah laku hak asasi manusia’.

Ratna memohon maaf kepada Prabowo dan orang ramai, terutama penaung Parti Amanat Nasional (PAN) Amien Rais yang ‘mendengar pembohongan saya dengan sabar’.


Menurut polis, Ratna boleh didakwa kerana menyebarkan fitnah dan ucapan kebencian mengikut Akta Maklumat Elektronik dan Penyebaran.

Selasa lalu, Timbalan Pengerusi pasukan kempen Prabowo-Sandiaga Uno, Nanik S Deyang berkata, serangan itu berlaku pada 21 September dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara.

Namun, siasatan polis mendapati Ratna tidak berada di Bandung pada hari kejadian, tetapi di sebuah hospital di Jakarta yang pakar dalam pembedahan plastik.

Menurut Ratna, selepas pembedahan di sebuah hospital di Jakarta, mukanya menjadi bengkak dan berbohong kepada anak-anaknya menyatakan dia diserang orang tidak dikenali.

“Tidak berlaku serangan. Hanya khayalan akibat rasukan syaitan,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Kategori