Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rumah Tangga Fasha Sandha,...

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba industri hiburan dikejutkan dengan khabar angin mendakwa rumah...

Tragedi Budak 7 Tahun...

SEORANG kakak tidak menyangka adik yang dibawanya bersama untuk mengerjakan solat terawih maut selepas...

Ada ‘Panjang Tangan’ Di...

ALAHAI... Sudahlah rumah dinaiki air, ada pula yang 'panjang tangan' dengan melakukan aktiviti...

PM Lancar iComm Tingkat...

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek...

Reformasi Institusi Agama Dijangka 10 Tahun

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu proses reformasi yang dilakukan kerajaan dalam pengurusan agama Islam di negara ini dijangka mengambil masa 10 tahun sebelum satu penanda aras dapat diwujudkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata proses tersebut akan menjadikan kesemua 13 agensi di bawah portfolio agama Islam JPM bergerak lebih efisien selain mewujudkan budaya kerja yang lebih cemerlang.

“Perkara pertama yang akan dilakukan dalam konteks reformasi ini ialah kita akan jadikan kesemua agensi bergerak dengan cara paling efisien kerana sebelum ini banyak persepsi yang mengatakan agensi di bawah jabatan hal ehwal agama tidak efektif.

“Kita juga akan pastikan setiap agensi tidak bekerja bersendirian dan tidak berlaku pertindihan bidang kerja,” katanya soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) pada sesi soal jawab lisan persidangan itu, di sini.

Menurut Fuziah, reformasi tersebut akan turut melihat pelbagai aspek lain antaranya institusi wakaf, kutipan zakat, pengurusan haji serta industri halal negara.

“Sekarang kita ada standard penarafan masjid Malaysia yang kita akan tambah baik dan mungkin masa depan nanti kita akan lihat untuk membina masjid berasaskan teknologi hijau,” katanya. – BERNAMA

Kategori