Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Baby Girl Buat Jovian...

TAHNIAH diucapkan kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie dan personaliti radio, Sharifah Aleya...

Masyarakat Perlu Tahu ‘Dosa’...

KUALA LUMPUR - Penulis buku veteran, Syed Hussein Al-Attas menyifatkan buku ditulisnya mengenai...

Ana Raffali Kini Bergelar...

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana...

Coklat Tertera Imej Babi,...

Gara-gara foto imej babi yang tertera di atas kepingan coklat keluaran jenama Cadbury,...

Remaja Palestin Maut Ditembak Di Kepala

GAZA – Seorang pemuda Palestin maut ditembak tentera rejim Zionis manakala tujuh lagi cedera dalam satu tunjuk perasaan di sempadan Gaza.

Jurucakap kementerian kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qidra berkata, remaja berusia 17 tahun dikenali sebagai Muntaser al-Baz itu meninggal dunia di hospital selepas ditembak di bahagian kepala oleh pasukan tentera Israel.

Jurucakap tentera Israel berkata, sekumpulan anggota tentera diserang di bahagian sempadan dan terpaksa menggunakan kekerasan serta senjata api untuk mempertahankan diri.

Menurutnya, seorang penduduk Palestin bertindak merempuh pagar dan cuba melempar bahan peletup ke arah pasukan itu sebelum ditembak.

Penduduk Palestin telah mengadakan tunjuk perasaan di sepanjang sempadan sejak 30 Mac lalu bagi menuntut rejim itu menghentikan sekatan di wilayah berkenaan, sekali gus mengembalikan hak untuk mereka pulang ke kampung halaman masing-masing yang diceroboh Israel pada tahun 1948.


Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan Palestin, 208 penduduk Gaza telah terbunuh sejak tunjuk perasaan itu bermula manakala seorang anggota tentera Zionis maut ditembak penembak tepat Palestin. – Reuters/BH ONLINE

Kategori