Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pendekatan Allahyarham Noor Zahidi...

KUALA KUBU BHARU - Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari...

Suami Dan Isteri Orang...

PASIR GUDANG - Seorang suami dan isteri orang dicekup kerana disyaki berkhalwat oleh...

Vladimir Putin Dedah Kehidupan...

MOSCOW - Presiden Russia, Vladimir Putin yang terkenal kerana merahsiakan mengenai kehidupan peribadinya,...

Kedutaan Malaysia Pantau Operasi...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat bagi mencari...

Ribut Tropika Michael Badai Teluk Mexico, Berpotensi Bertukar Taufan

MIAMI – Ribut tropika Michael yang membadai pada Ahad, berpotensi menjadi taufan dengan membawa gelombang angin serta hujan lebat ke Pantai Teluk Amerika Syarikat (AS), kata Pusat Taufan Kebangsaan AS (NHC).

Ribut itu dikesan berada di 365 kilometer di barat Cuba pada pukul 2 petang dengan kekuatan angin 65 kilometer sejam.

“Keadaan itu diramal membawa hujan lebat dan banjir kilat ke beberapa kawasan di Amerika Tengah, Cuba barat dan Semenanjung Yucatan Mexico pada Ahad dan bertukar taufan sama ada Selasa atau Rabu,” menurut kenyataan NHC.

Sementara itu, Kumpulan Komoditi Cuaca berkata pada Ahad, ribut mungkin akan melambatkan sedikit operasi di pusat pengeluaran minyak dan gas Teluk Mexico.

Sebanyak 17 peratus minyak mentah AS dan lima peratus keluaran gas asli setiap hari adalah dari Teluk Mexico, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga AS. – BERNAMA-NNN-AGENCIES

Kategori