Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Premis Nombor Ekor Rugi...

SEREMBAN - Sebuah premis nombor ekor di Jalan Utham Singh di sini, kerugian...

Kerjasama K’jaan Kelantan, Persekutuan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Peniaga dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mengalu-alukan kerjasama antara...

KKM, Pfizer Meterai Perjanjian...

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan, hari ini memeterai perjanjian dengan Pfizer...

AS Dakwa Berjaya Bunuh...

WASHINGTON – Pemerintah Amerika Syarikat (AS) percaya berjaya membunuh kira-kira 6,000 militan dalam...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini disokong oleh faktor-faktor tempatan susulan laporan Bank Dunia yang mengunjurkan Malaysia akan dapat mengekalkan pertumbuhannya dan mencapai status negara berpendapatan tinggi antara 2020 dan 2024.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1430/1480 berbanding paras penutup 4.1450/1490 pada Khamis.

Seorang peniaga berkata Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang pada 4.9 peratus berikutan pertumbuhan kukuh dalam penggunaan swasta, yang menunjukkan asas ekonomi negara yang teguh.

Bagaimanapun, sebagai sebuah pasaran sedang pesat membangun, prestasi ringgit dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.

“Harga minyak, ketegangan perdagangan dan ekonomi Amerika Syarikat adalah tiga pengaruh utama ke atas mata wang kita buat masa ini,” katanya kepada Bernama.

Penanda aras minyak mentah Brent turun daripada US$86.13 setong pada penutup semalam kepada US$84.94 setong pada 9 pagi hari ini.


Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9993/3.0036 daripada 3.0023/0059 pada Khamis dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6326/6380 daripada 3.6252/6296.

Ringgit menyusut berbanding euro kepada 4.7690/7764 daripada 4.7647/7705 pada Khamis dan turun berbanding pound Britain kepada 5.3958/4040 daripada 5.3802/3871. – BERNAMA

Kategori