Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Mohon Kes 4...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 20 Mac untuk...

“DAP Pun Sokong Islam?”...

KUALA LUMPUR - "Semua kata sokong Islam. DAP pun sokong Islam," kata Ahli...

SRC: Najib Mohon Panggil...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan SRC International Sdn. Bhd. yang sudah masuk hari ke-70...

Bayaran Caruman Sistem Insurans...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) berkuatkuasa...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar US Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR – Ringgit rendah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini berikutan permintaan yang lebih baik terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu, susulan peningkatan dalam hasil bon AS minggu lepas.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1560/1590 berbanding dolar US daripada 4.1530/1560 dicatatkan pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun, peniaga berkata penurunan dalam mata wang tempatan itu dihadkan oleh harga minyak global yang lebih tinggi, dengan penanda aras antarabangsa Brent naik hampir 1.6 peratus.

“Dengan harga minyak mentah Brent melepasi US$80 setong, peserta pasaran melihat ini sebagai positif kepada imbangan fiskal Malaysia,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali yen, apabila ia susut kepada 3.7114/7144 daripada 3.6971/7008 semasa ditutup pada Jumaat.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0127/0160 daripada 3.0149/0175, naik berbanding euro kepada 4.7998/8045 daripada 4.8092/8139 dan menokok berbanding pound British kepada 5.4481/4537 daripada 5.4861/4917. – BERNAMA

Kategori